Kakak kepada Bella, Norhisham Samsusah, 36, meluahkan rasa selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan rangka ditemui dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah adalah Bella.

Menerusi kemas kini di Facebook, Norhisham atau lebih mesra disapa Ayu mengakui pemergian adiknya itu merupakan satu kehilangan yang berat.

“Duka cita saya maklumkan ujian DNA mengesahkan rangka itu milik Bella. Berat dugaan kami sekeluarga. Esok (hari ini) jenazah akan dituntut di Hospital Sultan Ismail (pada waktu) pagi dan dibawa pulang ke Batu Pahat dan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Banang.



“Jenazah akan disembahyangkan dia Masjid Dato’ Bentara. Mohon semua kenalan, kawan-kawan, sahabat dan semua warga Batu Pahat untuk datang solatkan Bella (buat) kali terakhir. Saya tahu tanpa doa, usaha dan ikhtiar dari semua takkan saya dapat jumpa Bella.

“Selamat Tinggal Bella, aku sayang sangat kau Bella. Aku akan tuntut keadilan atas pemergian kau ini. Sepatutnya kita masih bersama-sama kan,” tulisnya.

Dalam pada itu, ruang komen di Facebook Ayu dipenuhi dengan ucapan takziah serta kata-kata semangat.

"Semoga awak sekeluarga kuat menerima Qada dan Qadar. Jagalah amanat yang arwah tinggalkan dengan penuh kasih sayang. Mungkin itu lah satu-satunya pengubat rindu tatkala teringat akan Bella kelak," tulis warganet.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata melalui laporan diterima polis, ianya 'biologikal' sepadan dengan sampel diambil daripada ibu dan kakak kepada Bella.

BERITA TRENDING: Hanya Jumpa Rangka, Misteri Kehilangan Bella Terungkai… Ini Luahan Kakak Arwah