Aktres berbakat besar, Nabila Huda atau mesra disapa Abil meluahkan rasa terharu apabila suami dan anaknya naik ke pentas Festival Filem Malaysia ke-30 bagi mewakilinya untuk menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Sabtu lalu.

Perkara itu dikongsi Abil menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Abil, dia berasa tersentuh kerana dua orang insan kesayangan naik ke pentas untuk meraikan kemenangannya dalam kerjaya yang sangat dicintai.

"Only God knows macam mana tersentuhnya hati saya bila tengok suami dan anak jadi wakil untuk ambil trophy saya pada malam itu.

"Bert is my husband, Keisha is not his real daughter, diorang pergi bersama dan naik ke pentas untuk ambil anugerah penghargaan tentang kerjaya saya.

"Aku bukan melalak sebab menang tau, memang patutnya kena happy, ni melalak sebab tengok diorang ambil trophy dan bagi speech, dia (suaminya) dukung pula Keisha, terharu sangat moment itu," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Abil turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah meluahkan rasa simpati dan memberi sokongan ekoran berita kegugurannya baru-baru ini dan mengatakan dia sudah kuat untuk menghadapinya.

"Terima kasih atas doa korang untuk my previous post, korang jangan emotional lagi, I dah move on tau," tulis Abil.

Terima kasih atas doa korang untuk my previous post ! Korang jangan la emotional lagi. I dah move on dah tau..haha!Seriously I’m okay.. Ok now i Nak cerita pasal #ffm30 pulak.. Only god knows macamana tersentuhnya hati saya bila tengok suami Dan Anak jadi wakil untuk amik trophy Saya malam tu.We came back from Bali, and then I went off again. Got an invitation but I couldn’t make it. So I asked hubby and keisha Pergi on behalf. My husband ni Kalau korang Nak tau, Dia memang manusia yang paling pemalu Dan Dia Takkan Pergi event.Dia sejenis Kalau Cakap dengan perempuan pun Takkan pandang mata and tunduk je. Korang boleh try Nanti Kalau jumpa Dia.? Tapi Dia Pergi, sebab isteri Dia request. Keisha Jangan cakap la Kan, Dia memang feeling.haha. So Saya terus msg @tymfatimah mintak Tolong Dia buat Baju kebaya Dan siap kan keisha sebijik macam Saya.Saya video call dari jauh suruh @arishadhz84 siap kan rambut and keisha complain kat abi Dia mummy suruh tukar rambut 3 kali!Padan muka.Saya Nak Dia jadi jelmaan nabila huda malam tu Dan menjadi pulak tu! Macamana Nak explain eh perasaan saya bila dorang Pergi berdua tu eh..ok macam ni, Bert is my husband, keisha is not his real daughter, dorang Pergi bersama Dan naik atas stage amik anugerah penghargaan tentang kerja Saya. Benda Yang paling Saya sayang dalam hidup iaitu kerjaya Saya ! How sweet is that ? Aku bukan melalak sebab menang tau ,menang patut nya kena happy la, ni melalak sebab tengok dorang amik trophy , bagi speech , Dia dukung pulak keisha, ishhh terharu gilaaa moment tu. Kenapa sweet sangat eh! Tengah type ni pun dah pegang2 dada sebak.Drama tak? Haha haaa Lepas tu , Pergi backstage Kau rasa kan keisha!! Ha back to back kena interview ! Dia Cakap kat bert , penat la abi..Pastu bert Cakap, your ambition Nak jadi pelakon kan.Haa rasa kan malam ni. Penat tak jadi nabila huda ? Dia provoke pulak budak tu.Pastu bert Cakap, Macam ni la mummy Penat kerja Nak cari duit. It’s not easy dan bila Tiba waktunya, Dia akan dapat penghargaan macam ni and mummy happy..aduh lagi skali Saya sebak..haha!balik Dia tu Dia terus knocked out Bgn tengahari tau! Too much! After party all out sangat ke lepas event? Eh tu mummy dulu! ?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


BACA : "I’ve Been Waiting For This Almost 4 Years.. But Too Bad .." - 4 Tahun Menunggu, Nabila Huda Alami Keguguran

Abil mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi lakonan mantap dalam filem serta drama tempatan.