Sejak kebelakangan ini, kita sering menggunakan perkhidmatan pembelian dalam talian untuk membeli sebarang produk.

Tidak kira makanan kering, minuman mahupun barang-barang kelengkapan rumah, semuanya boleh didapati dengan mudah dan murah di platform dalam talian.

Justeru, tidak hairan jika barang-barang yang dipesan diletakkan di depan rumah oleh penghantar pesanan jika tuan empunya barang tiada di rumah.

Namun, siapa sangka, dengan membiarkan bungkusan yang diterima terbiar di halaman rumah mengundang perhatian ‘orang luar’.

Dalam sebuah video rakaman CCTV yang viral baru-baru ini, dua lelaki yang dilihat mencuri dua bungkusan yang terbiar di halaman sebuah rumah tanpa menceroboh masuk.


Hanya dengan menggunakan sebatang kayu, kedua-dua bungkusan berjaya dibawa keluar menerusi pintu pagar besi lalu dibawa lari.

Dimuat naik di Facebook menerusi akaun Juriah Kassim, difahamkan kejadian kecurian bungkusan berkenaan berlaku di Taman Inspira Parit Raja.

“Moga penduduk taman yang tiada di rumah bekerja lebih berhati-hati jika ada penghantaran parcel di dalam pagar rumah. Untuk pengetahuan semua pembonceng duduk di Taman Teratai Jaya,” tulisnya.

Meninjau komen-komen di media sosial, ramai yang melahirkan rasa amarah melihat aktiviti yang tidak bermoral itu.

“Aku ingat dekat US je jenis curi parcel ni. Buruk betul perangai,” tulis seorang netizen.

“Amenda eh rembat parcel orang? Dia tau tak biasanya kalau parcel yang nampak ringan depan rumah tu kebanyakkan barang bawah RM5? Lol kau curi tempat letak sabun buat apa? Dapat jual balik ke?” komen seorang pengguna Twitter.

“I don’t like to say this to people but dasar miskin,” luah seorang lagi pengguna Twitter.