Pelakon filem Kimchi Untuk Awak, Aiman Hakim Ridza membidas dakwaan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya, aktres Fathia Latiff.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram, Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan mendakwa Aiman tidak membayar hutang serta menggelarkan aktor itu dayus.

"Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected #rempitmodeon," tulis Fathia.

BACA: "Jom Jumpa? Baru Gentle" - Fathia Latiff Ajak Michael Ang & Sharifah Sakinah Bersemuka

BACA: "Duit Aku Bila Nak Bayar?" - Tuduh Aiman Hakim Ridza Dayus, Fathia Latiff Sound Bekas Kekasih di Instagram

BACA: "During The Relationship It Is You Who Caused So Many Unnecessary Dramas" - Sharifah Sakinah Tampil Back Up Aiman Hakim

Walaubagaimanapun, Fathia menutup ruangan komen di entri tersebut dan tidak lama kemudian, telah memadamkan entri terbabit.

Tidak berdiam diri, Aiman seakan menjawab tuduhan tersebut menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.







Sementara itu, teman baik Aiman, pelakon Sharifah Sakinah serta pengarah Michael Ang tampil mempertahankan aktor tersebut.

Sebelum ini, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman selama beberapa tahun tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.