gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Wanita Terjun Feri Dipercayai Dirasuk!
HIBURAN
Kim Seri Tak Pernah Rasa Malu Dengan Pekerjaan Suami - “Ada Yang Komen Suami Kerja Hotel Je…”
BERITA
Remaja Bunuh Ibu Gara-Gara Cinta Dihalang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dr Imelda Balchin Nasihat Jangan Guna Tester Lipstik Terus Ke Bibir - “Kalau Orang Lain Dah Letak Atas Bibir, Apa-Apa Virus Melekat Memang Boleh Berjangkit”

Mya Amri
Mya Amri
27/06/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Dr Imelda Balchin Nasihat Jangan Guna Tester Lipstik Terus Ke Bibir - “Kalau Orang Lain Dah Letak Atas Bibir, Apa-Apa Virus Melekat Memang Boleh Berjangkit”
Pakar sakit puan terkenal, Dr. Imelda Balchin menasihatkan kaum wanita supaya jangan sesekali mencuba tester gincu di kedai serbaneka secara terus ke bibir kerana telah digunakan oleh orang lain.

Risiko jangkitan virus

Menurut Dr. Imelda, tindakan itu boleh menyebabkan risiko jangkitan virus seperti herpes simplex (kudis mulut), atau bakteria lain melalui permukaan gincu yang dikongsi ramai.

“Demi kebersihan, jangan calit gincu tester ke atas bibir anda. Kalau orang lain dah letak atas bibir dan ada apa-apa virus di bibir dia yang melekat atas gincu tu, selepas tu awak pulak guna gincu yang sama atas bibir awak, memang boleh berjangkit,” maklumnya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, di ruangan komen pula, rata-rata netizen mengambil maklum mengenai nasihat tersebut dan bersetuju dengan Dr.Imelda.
Sehingga kini, pesanan Dr. Imelda itu telah dikongsi lebih 2,000 pengguna Facebook.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila usahawan, Kieda Crepe mendedahkan bahawa dirinya dijangkiti herpes dan secara berseloroh menyatakan ia berpunca daripada ‘telur masam’ suaminya.
Susulan menerima kecaman hebat, suami kepada usahawan itu tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah sekadar kandungan hiburan dan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan mereka.
Topic Berkaitan
#Gincu
#Jangkitan
#Dr Imelda Balchin
#Tester
#Herpes
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement