Hiburan
"Aku Tengok Tahap Keberanian Sajat Buat Aku Ketar Lutut .." - Sharnaaz Ahmad
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesal terhadap usahawan kontroversi, Nur Sajat dengan tindakannya mengenakan pakaian jemaah wanita di Makkah ketika mengerjakan umrah.
Kata Sharnaaz, Sajat terlampau berani kerana ia bertentangan dengan agama Islam.
"Beraninya mencabar Allah. Allah meninggalkan dia tanpa hukuman kerana Allah ada jalan terbaik untuknya dan kita belajar.
"Aku tengok tahap keberanian Sajat buat aku ketar lutut," katanya.
Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya.
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 mendoakan semoga Sajat kembali ke pangkal jalan.
"Semoga kita belajar sahabat sesama Islam. Dan buat Sajat, segala pintu yang ada untuk mu masih terbuka kanda, rebutlah sementara ia masih terbuka.
"Semoga kanda Sajat kembali menjadi khalifah yang dihormati bukan dikeji," tulisnya lagi.
Sejak pagi Ahad, kecoh di sosial media apabila Sajat mengenakan pakaian wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
Situasi itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang cuba membongkar pelbagai identiti sebenar Sajat.
Must-Watch Video