Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Akui Tertekan Baca Komen Netizen, Evertts Gomes Sehabis Baik Hidupkan Karakter Dalam 'Kelas Tahanan Cikgu Hiragi' – “Please, Bagi Saya Peluang...”

Khairil Khusyairi
26/09/2024 21:55 MYT
Pendatang baharu, Evertts Gomes mengakui belum berkesempatan untuk menyertai kelas lakonan bagi memantapkan lagi bakatnya itu.

Kekangan Masa Nak Belajar

Menurut Evertts, kekangan masa menjadi punca dia belum berbuat demikian selain sibuk dengan tawaran peragaan.

“Saya tak pernah pergi kelas lakonan. Bukan tak mahu, saya mahu belajar cuma sebelum ini saya banyak job model.

“Basic berlakon saya hanya dari filem, hanya tengok di kaca televisyen saja,” ujarnya ketika ditemui.

Tambah finalis Hero Remaja 2023 itu, dia cuba untuk menjiwai watak yang diberikan sehabis baik demi kepuasan penonton.

Cuba Hidupkan Watak

Malah, berharap semua dapat memberi sokongan dan peluang terhadapnya untuk terus mengembangkan bakatnya.

“Agensi saya ada sediakan kelas lakonan tetapi jadual selalu tak menentu. Belum ada masa.

“Apa yang saya cuba lakukan adalah, saya cuba untuk hidupkan karakter itu sebanyak boleh berdasarkan apa yang saya faham menerusi skrip dan penulis.

“Saya mahu sampaikan mesej yang saya orang baharu, please bagi saya peluang, itu saja,” ujarnya optimis.

Tertekan Komen Netizen

Membawakan watak Ashraf dalam drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu akui agak tertekan pada awalnya namun tetap memberikan yang terbaik.

“Agak tertekan sebab drama ini sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Saya ada baca komen daripada netizen yang persoalkan kenapa perlu buat adaptasi sama, tiru dan banyak lagi.

“Tetapi saya faham, kita manusia sentiasa mempersoalkan. Bagilah kami peluang sebab kami lakukan dengan sepenuh hati kami,” katanya lagi.

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ditayangkan mulai 25 September setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria, On Demand dan strim Astro Go.

Drama 20 episod itu menampilkan bakat-bakat daripada rancangan pencarian Astro seperti Nadhir Nasar, Aiman Ameer, Arabella, Aizat Saha, Evertts Gomes, Arena Lieya, Syed Khalique (kecik) dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya Semua Anak Murid Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Ni! Memang Behave Masa Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

#pelakon #Drama #Baharu #Tertekan #Kelas Tahanan Cikgu Hiragi #Evertts Gomes
;