Pelakon terkenal Aeril Zafrel telah memuat naik video menunjukkan anak perempuannya, Hayla menjaga tempat duduk untuk bayi dan ia ternyata menarik perhatian peminatnya.
Aeril berkongsi video itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Alamak belum ada adik, tapi dah pandai jaga kerusi untuk adik..
"Maksudnya apa tu?? Seram..
"Dah lama tak post video hayla ni," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberitahu Hayla seakan memberikan petanda kepada isterinya, Wawa Zainal untuk melahirkan seorang bayi lagi.
Difahamkan Aeril sekeluarga kini sedang bercuti bersama di Dubai.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.