Hiburan

B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!

Izwan Isa
03/05/2024
15:55 MYT
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Dilahirkan sebagai Kim Han Bin, B.I mula dikenali selepas debut bersama kumpulan iKON yang pernah berkarya di bawah label YG Entertainment.

Beraksi

Selepas mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut, B.I muncul sebagai penyanyi solo pada 2021 menerusi labelnya sendiri, 131. Menerusi label ini, B.I meluncurkan single berjudul Midnight Blue (Love Streaming) dan menyalurkan sumbangan kepada World Vision untuk menyokong kanak-kanak dalam krisis.
Kemudian, B.I muncul dengan dua album studio (Waterfall dan To Die For) serta empat EP (Cosmos, Love or Loved Part.1, Love or Loved Part.2 dan Tadaima) dan diikuti dengan jelajah dari Asia ke Eropah sehingga dia menjadi sebahagian daripada barisan penyanyi utama untuk festival muzik Lollapalooza dan francais Rolling Loud.
B.I juga telah bekerjasama dengan pelbagai artis dalam lagunya, termasuk Destiny Rogers dan Tyla Yaweh menerusi Got It Like That, Bipolar Sunshine dan Afgan untuk Lost at Sea (Illa Illa 2), Jessi untuk lagu Die for Love, serta Soulja Boy dan DeVita menerusi lagu BTBT, yang dinobatkan sebagai salah satu Lagu K-pop Terbaik 2022 oleh majalah Time.
Turut dikenali sebagai penulis lagu dan penerbit, B.I ialah ahli Persatuan Hak Cipta Muzik Korea dengan lebih daripada 100 lagu didaftarkan di bawah namanya, yang kreditnya termasuk Blackpink dan Psy, antara nama besar lain dalam K-Pop.

Mega Star Arena, KL

B.I 2024 Tour HYPE UP in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment itu akan berlangsung di Mega Star Arena, KL pada jam 6 petang, Ahad, 30 Jun 2024.
Tiket mula dijual pada hari Isnin, 6 Mei pukul 12 tengah hari melalui www.ticketingtix.com. Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert B.I 2024 Tour 'HYPE UP' in Kuala Lumpur dan harga tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4:

HYPE Zon– RM788

(Faedah Untuk Peminat: Menonton B.I buat soundcheck, 700 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi, 700 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 60 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat album B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

UP Zon – RM688

(Faedah Untuk Peminat: 150 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan, setiap sesi 20 orang, 150 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat merchandise B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

BE Zon – RM538

(Faedah Untuk Peminat: 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

IDENTITY Zon – RM338

Ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.

ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT