Advertorial
Alamak! Radin Bawa Awek Keluar Makan Tapi Tertinggal Wallet? Nasib Baik Ada Boost App Sebagai eWallet!
Penyampai radio ERA, Radin mengalami situasi mendebarkan apabila dia terlupa membawa dompet ketika sedang keluar makan bersama seorang wanita... Ha, macam mana tu?
Pastinya ada yang pernah melalui situasi cemas ketika sedang makan di restoran apabila dompet anda tertinggal atau pun wang tunai tidak mencukupi untuk membayar bil makanan?
Dengan Boost App, anda tidak perlu risau lagi, semuanya hanya di hujung jari dan anda boleh melakukan transaksi pembayaran menerusi telefon pintar anda!
Menggunakan fungsi ‘Scan & Pay’, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk melakukan transaksi pembayaran di banyak lokasi tepilih sekitar Lambah Klang.
Jika anda rasa Boost App hanya boleh digunakan di restoran atau kafe, tekaan anda salah kerana banyak tempat yang menerima pembayaran menerusi Boost App!
Dari Pasar Malam di Bandar Baru Ampang, Bandar Tun Razak, Uptown Jalan Reko, Taman Setapak Jaya ke Food Truck di PKNS Bangi, Encorp Strand, TTDI, Dataran Wangsa dan banyak lagi.
Anda boleh semak senarai penuh pasar malam di sini dan food truck di sini.
Tak dapat cari lokasi yang dekat dengan anda? Jangan risau kerana penggunaan Boost App sedang diperluaskan dan banyak lagi lokasi yang bakal menggunakan aplikasi mudah ini!
Anda juga boleh memindahkan wang menggunakan Boost App tanpa sebarang caj serta Boost App juga memudahkan kerja anda untuk ‘split bill’ setiap kali anda keluar makan bersama kawan-kawan!
Selain itu, anda juga boleh menambah nilai wang yang ada dalam Boost App bila-bila mana menggunakan 17 rakan perbankan atas talian yang ada di Malaysia atau pun kad kredit.
Untuk anda yang menggunakan perkhidmatan prabayar, anda boleh tambah nilai di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan semunya akan selesai sepantas lima saat sahaja!
Apa yang penting, Boost App boleh menambah nilai semua perkhidmatan telco yang ada di Malaysia, menariknya!
Boost App juga menawarkan pengguna voucher diskaun sehingga 60 peratus di Fave, pawagam MBO, Tealive, Zalora, Lazada dan banyak lagi jenama menarik!
Selain untuk kegunaan sendiri, anda boleh membeli mana-mana voucher diskaun dan hantarkan kepada sahabat anda sebagai hadiah!
Apa lagi, mudahkan hari-hari anda dan tak usah beratur di mesin ATM lagi! Jom muat turun Boost App di Apps Store dan Play Store!
Layari laman web www.myboost.com.my atau laman Facebook www.facebook.com/myboostapp untuk maklumat lanjut mengenai Boost App.
Semak senarai tempat yang boleh anda gunakan Boost App di sini.
Saksikan video di bawah untuk mengetahui cara mudah menggunakan Boost App:
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video