Laman Utama
Alami Kecederaan Parah, Remaja Maut Dipukul Bapa Kekasih
Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) awal pagi Jumaat selepas mengalami kecederaan parah.
Mangsa berusia 18 tahun itu dipercayai dibelasah dua individu di sebuah pusat komersil di Jalan Tun Jugah di sini.
Menurut sumber kejadian dipercayai berlaku susulan tindakan mangsa merakam dan menyebarkan video lucah anak perempuan suspek yang merupakan kekasihnya.
Mengesahkan kejadian itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa dalam kenyataannya berkata kedua-dua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Sepasukan polis dari cawangan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 50 tahun.
“Mereka kini direman tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut, kes dipercayai berpunca daripada kisah percintaan,” katanya.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai bunuh apabila mangsa yang dimasukkan ke hospital telah meninggal dunia.
“Proses bedah siasatan akan dilakukan 30 Julai (Sabtu) dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Merbin.
Tegasnya, orang awan diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendirian yang melangkaui undang-undang.
Dalam pada itu beliau turut meminta supaya sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menyalurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan.
Must-Watch Video