Skip to main content

Hiburan

Terlalu Banyak Isu Berbangkit, Diana Danielle Tak Boleh ‘Catch Up’ Dengan Threads - “Sampai Satu Tahap Saya Rasa…”

Terlalu Banyak Isu Berbangkit, Diana Danielle Tak Boleh ‘Catch Up’ Dengan Threads - “Sampai Satu Tahap Saya Rasa…”

Sekilas

  • Diana Danielle kini lebih berhati-hati sebelum memberi komen di media sosial, terutama di platform Threads yang sering menjadi tempat luahan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia.
  • Pelakon ini mengakui pernah terjebak dalam budaya meluah di media sosial tetapi percaya setiap individu perlu lebih bijak dan berhati-hati dalam berkongsi pendapat.
  • Diana memilih untuk berfikir dahulu sebelum berkongsi dan kini lebih suka meluahkan perasaan secara peribadi, seperti kepada kucingnya, daripada di media sosial.
Advertisement

Pelakon, Diana Danielle mengakui kini lebih berhati-hati sebelum memberikan komen terhadap sesuatu isu yang tular di media sosial, khususnya di platform Threads.

Menurut Diana, pada masa ini, Threads telah  menjadi ruang untuk orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati serta berkongsi pelbagai masalah dalam kehidupan seharian sehinggakan dia sukar untuk mengikuti setiap perkembangan di platform tersebut.

Advertisement

“Saya tak boleh nak ‘catch up’. Daripada dulu lagi saya perasan yang Threads adalah tempat meluahkan segala ketidakpuasan hati rakyat Malaysia.

“Tak kisahlah kalau salah dapat order air ke, mesin basuh rosak ke, suami isteri ke, anak ke kan, memang tempat untuk mereka meluah.

“Dia sampaikan jadi satu tahap yang kita rasa macam boleh tak untuk tak nak baca Threads tak hari ini? Sebab benda tu macam dah ya Allah ya Rabbi (teruk),” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Diana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem terbaharu terbitan penstriman digital (OTT), UTV yang bertajuk Like & Latte yang bertempat di Eleventea, Wangsa Maju pada Selasa.

Tidak menafikan dirinya pernah terjebak dengan budaya meluah di media sosial namun pelakon filem Evolusi KL Drift ini berpendapat bahawa setiap individu perlu lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian.

“Tapi saya pun kadang-kadang terjebak juga jadi nak salahkan orang lain pun tak boleh.

“Ini adalah culture kita yang mungkin saya dan kita semua boleh ubah untuk menjadi orang yang lebih berhati-hati dalam share kita punya opinion,” ujarnya.

Malah, Diana berkata dia kini memilih untuk berfikir dahulu sebelum membuat perkongsian mahupun memberikan sebarang komen kerana sudah belajar daripada kesilapan lalu.

“Saya belajar daripada kesilapan lalu. Kalau dulu memang, saya pun nak jadi netizen juga.

“Tapi kita kadang-kadang lupa. Kita tak boleh nak sentiasa meluahkan setiap perasaan kita. Jadi saya luahkan saja pada kucing saya, itu saja yang mampu,” tambahnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement