Laman Utama
Alami Masalah Jerawat, Aina Abdul Tak Guna Jalan Pintas Untuk Dapat Kulit Bersih - "Saya Nak Didik Pengguna Yang Setiap Perkara Itu Perlu Melalui Proses"
Penyanyi Aina Abdul, 28, menyatakan dia tidak tergesa-gesa dalam memperbaiki masalah kulit berjerawat yang dihadapinya sejak zaman sekolah.
Akui Aina, dia pernah hilang keyakinan diri untuk berdepan ramai orang dengan wajah yang bermasalah.
Susulan itu, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani mendapatkan khidmat nasihat pakar kulit selain menggunakan produk kecantikkan tempatan iaitu Truskin.
"Perkara saya alami ini iaitu ada jerawat sejak sekolah menengah lagi. Kulit saya menghadapi masalah minyak
berlebihan menyebabkan kulit cepat naik jerawat yang banyak dan tekstur kulit tak sekata.
"Sejak menjadi penyanyi, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menggunakan mekap. Kadang-kadang tu kasihan pada jurusolek yang terpaksa ambil masa lama.
"Perkara lama dan panjang macam ini tak boleh jangka akan ada perubahan dalam masa singkat. Kalau pulih cepat, nanti akan ada pula masalah lain. Jadi, saya okey saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah.
"Dalam masa sama, saya juga mendapatkan khidmat nasihat doktor. Malah, doktor okey saya menggunakan produk sekarang iaitu dari Truskin. Alhamdulillah, saya okey dan gembira dengan perubahan ini," katanya kepada Gempak.
Tambah pelantun lagu Semalam, dia nampak perubahan kulitnya selepas hampir dua tahun menjadi pengguna produk itu.
"Saya sudah menggunakan produk ini sejak dua tahun lalu. Pada mulanya pihak Trulooks hantar sebagai hadiah. Apabila saya mencuba pelembap diberikan, saya berasakan ia sesuai dengan kulit saya.
"Saya suka sebab saya mekap hampir setiap hari dan membuatkan mekap lekap. Alhamdulillah, sejak itu kulit saya pun menunjukkan perubahan.
"Apabila saya berjaya atasi masalah ini, saya nak didik pengguna atau mereka yang ada masalah sama macam saya untuk percaya yang setiap perkara itu perlu melalui proses," katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari ada sebab tersendiri untuk memilih Aina sebagai
wajah kempen mereka.
"Nama Aina semakin mengharum dalam industri hiburan. Selain itu, Aina yang mempunyai sikap rendah diri menyambut baik pelawaan kami untuk berkolaborasi serta telah mencuba dan serasi dengan produk Truskin," kata Adibah.
Must-Watch Video