Hiburan

Alami Sakit Perut Berpanjangan, Sharifah Shahora Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan

gempak
Azwa Rahman
09/05/2020
06:25 MYT
Sponsor Banner
Alami Sakit Perut Berpanjangan, Sharifah Shahora Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan
Pelakon Sharifah Shahora selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian uterus dan ovari selepas mengalami sakit perut berpanjangan.
Menerusi laman sosial Instagram, Shahora, 46, memuat naik beberapa keping foto ketika berada di dalam hospital untuk tatapan umum.
“Pada hari Rabu 10 hari lepas saya mengalami pembedahan kerana ada masalah sakit di bahagian uterus dan ovari. Alhamdulillah hari demi hari semakin baik. Sekarang dah di rumah berpantang.
Hari Rabu 10 hari lepas saya menjalani pembedahan kerana ada masalah sakit dibahagian uterus dan ovari. Alhamdulillah day by day I m getting better. Pantang sangat. Now dah kat rumah berpantang. ? ?swap photo . . Kisahnya akhir april tiba tiba saya sakit perut yang berpanjangan sampai buat kerja pun tak larat. Then saya ke klinik Medina utk check up dan Pakar surgeon sakit puan Dr Mashita Mansor nasihat untuk saya buat pembedahan segera. Keputusan terus dibuat so saya decide Rabu pagi 9.30 am saya di bedah selama 4 jam 30 min. (Confirm mcm mcm dlm perut doktor nak kikis buang walaupun perut nampak leper) Sebelum operation I sempat pesan kat doktor . Doktor kalau ada lemak plese remove sekali ya??after that terus tak sedar tahu tahu dah dalam bilik. Sakit? Of course la lepas bedah sakit tapi layanan Doktor dan nurses kurang la sakit? . . Dah ok skit Saya up kat ig utk inform kpd yang menghadapi sakit mcm saya. Jangan takut kena bedah kalau ada yg menghadapi ketumbuhan dalam perut kalau kita biarkan dia akan bagi kesan bkn diperut tapi di pinggang, urat dan seluruh badan. Saya pernah mencuba rawatan tradisional dan sakit agak berkurangan tapi disebabkan tidak pantang makan ia semakin membesar dan akhirnya kita kena juga melalui pembedahan. . . Thank you to Dr Marshita Mansor pakar sakit puan. My surgeon yang dah clear kan perut I? . Dr Mashita doesn t have ig account but to women who has gynaecologist problem (sakit puan) may go to her clinic Medina at Tmn Melati KL. . . My undergoing surgery held at @andorrahospitalofficial woman and children hospital so I would like to thank you to founder of hospital Dr Kamsiah , Dr Asilah (pakar bius) , nurses for the excellent care and treatment I received at your hospital and making me feel better in such a short period of time. . . Thank you to @rajamukhriz and my daughters taking care of me after my surgery till now. My siblings who always make video call to care about my health. To My friends as well. . Love ?? Selamat berbuka puasa semua.
A post shared by Sharifah Shahora (@sharifahshahora) on
“Kisahnya pada April tiba-tiba saha sakit perut yang berpanjangan sampai buat kerja pun tak larat. Kemudian saya ke klinik dan pakar sakit puan Dr. Mashita nasihat untuk saya buat pembedahan segera.
“Keputusan terus dibuat dan Rabu pagi saya dibedah selama 4 jam 30 minit. Sakit? Tentu lepas bedah mestilah sakit tapi layanan doktor dan jururawat kuranglah sakit,” tulis Shahora di ruangan kapsyen.
Selain itu, Shahora turut menasihati orang ramai yang mengalami sakit sepertinya untuk melakukan pemeriksaan bagi mengelakkan sebarang kemudaratan.
“Jangan takut kena bedah kalau ada yang menghadapi ketumbuhan dalam perut sebab kalau dibiarkan akan beri kesan pada di pinggang, urat dan seluruh badan.
“Saya pernah cuba rawatan tradisional dan sakit agak berkurangan tapi disebabkan tak pantang makan, ia makin membesar dan akhirnya kena juga buat pembedahan,” cerita Shahora lagi.
Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan agar aktres itu cepat sembuh dan baik seperti sedia kala.
Semoga Shahora beransur pulih dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live