Hiburan

Alha Alfa Lancar Lagu Duet Dengan Zara Zya Untuk Suka-Suka, Tiada Niat Jadi Penyanyi! - "Kelas Vokal Pun Tak Pergi"

gempak
Mya Amri
28/12/2023
10:18 MYT
Sponsor Banner
Alha Alfa Lancar Lagu Duet Dengan Zara Zya Untuk Suka-Suka, Tiada Niat Jadi Penyanyi! - "Kelas Vokal Pun Tak Pergi"
Pengusaha kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa tidak memasang niat untuk bergelar sebagai penyanyi.
Menurut Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Al Fadzil, 34, tujuannya melancarkan single bertajuk Cinta Agung bersama pelakon Zara Zya hanyalah sekadar mahu memeriahkan industri seni muzik selain percaya boleh mengembangkan lagi perniagaannya.
“Saya tiada niat untuk digelar sebagai artis pun. Boleh dikatakan 90 peratus mahu menjadi seorang usahawan.
“Menerusi single ini bersama Zara Zya, saya cuba untuk memeriahkan industri seni sebab sebelum ini pun ramai sahaja seebriri ceburi bidang perniagaan.
“Apa salahnya usahawan pun mencuba untuk keluarkan lagu. Lagi pula, single ini saya jadikan satu hadiah persahabatan buat Zara sepanjang 10 tahun bersahabat,” katanya.
Alha ditemui pada sidang media Transformasi Datuk Seri Alha Alfa bertempat di The Roomah Restaurant, Publika pada Khamis.
Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan persahabatan bersama Zara, Alha berkata pelakon tersebut merupakan geng karoake memandangkan kedua-duanya suka menyanyi ketika waktu lapang.
“Saya tidak terfikir pun sampai Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya cuma rakamkan lagu ini untuk suka-suka. Kelas vokal pun saya tidak pergi.
“Lagu ini pun dibuat dalam masa yang singkat dan komposernya Yuka Kharisma buat lagu ini mengikut kesesuaian kami berdua.
“Malah perancangan untuk menghasilkan muzik video dibuat dalam masa singkat merangkumi persiapan baju, set penggambaran dan sebagainya. Jumlah keseuruhan suntuk single ini RM60,000,” ujarnya.
Dalam pada itu, Alha berkata, dia bersedia untuk menerima kecaman dan menanggap ia sebagai satu lumrah terutama bila berada di dalam industri hiburan.
“Sekarang ini kecaman itu satu kebiasaan. Datuk Seri Siti Nurhaliza pun kena kecam, apa lagi saya. Tak apalah, kita tidak cuba, tidak tahu.
“Saya ini pula suka cabar diri dan buat sesuatu di luar kotak,” katanya.
Dalam perkembangan terbaharu, produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.
Dalam masa yang sama, Alha Alfa Cosmetics juga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.
Turut dilancarkan dalam majlis yang sama adalah single dan video muzik Cinta Agung duet bersama Zara Zya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024