Pelakon Fizo Omar gembira kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV), MIECC, The Mines, Selangor.

Menurut Fizo ia peluang berharga buatnya kerana dapat merasai pengalaman menjadi petugas barisan hadapan atau frontliners.

“I am honour to take part and be the volunteer at PPV- MIECC, The Mines.

“Alhamdulillah dapat merasai pengalaman all the frontliners are working so hard to make sure all of us will be vaccinated,” katanya.

Fizo berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut Fizo memuat naik seidkit rakaman video sepanjang menjalankan tugas tersebut.

Dalam pada itu, Fizo turut mengalu-alukan sokongan doktor dan jururawat yang mahu menjadi sebahagian petugas di PPV itu.

“Kepada semua doktor and nurse, please we need u guys to support us at PPV - MIECC. Bayaran disediakan per hour,” maklumnya.

A post shared by fizoomar (@fizoomar)