Hiburan
"Alhamdulillah Hajat Ibu Dah Tercapai ..." - Haneesya Hanee
Pelakon dan model tinggi lampai Haneesya Hanee melahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang ibu yang sentiasa menyokong dari belakang.
Menurut Hanee majlis sambutan ulangtahun kelahirannya ke-19 yang diraikan baru-baru ini merupakan permintaan ibunya sendiri.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
"l will always have your back" - Mommy. She always has my back no matter how bad I am.
"I'm lost of words to describe how blessed I am to have her as my mom, how grateful I am that she still accept me and love me the same, the best part is she still make my birthday so special that I'll never forget.
"Alhamdulillah hajat dia dah tercapai..Mommy sebenarnya nak buat meet dengan semua yang support hanee kalau hanee menang Dewi Remaja.
"Even tho kena tarik balik, we are still bersyukur to those who supports me.
"Thank you mommy for everything...I love you," tulisnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan pesanan buat Hanee agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan serta mendoakan kariernya.
Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menjadi buah mulut ramai apabila video skandal kelab malam dan minuman keras tersebar di Internet.
Ekoran kejadian memalukan itu, kejuaraan Dewi Remaja 2018/2019 miliknya itu ditarik balik.
Must-Watch Video