Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kedaifan hidup seorang pak cik yang dilihat berkeliaran di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Lebih menyayat hati, difahamkan pak cik itu tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan.

Kisah pak cik berkenaan mendapat sorotan netizen, sehinggalah menguis keprihatinan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


“Tengah live Tik tok berkongsi nasihat ramai anak muda komen minta tolong pakcik TBS. TikTok Syira dan Maisarah. Merantau dari Sik Kedah ke KL cari kerja.

“Tiada duit tinggal beberapa ringgit sahaja. Tidur di TBS. Pukul 12 malam terus bergegas cari pak cik ni sampai 4 pagi tak jumpa,” tulisnya di Instagram.

Menurut Ebit, Pak Cik berkenaan berusia 70 tahun dan berasal dari Kedah.

“Malam tadi 10 malam rezeki akhirnya terjumpa. Pak cik ni ada rumah di Kedah. Isteri dah meninggal dunia. Tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih. Tapi susah tiada duit tu yang selalu datang KL nak cari duit untuk makan minum.

“Sedih tengok macam ayah-ayah kita. Saya kata pak cik nak tak kami beri duit bulanan? Katanya dulu pernah ada bantuan tapi dah banyak bulan kena potong. Tiada bantuan. Pak cik duduk kampung rehat je.

“Katanya memang ingin nak duduk kampung je. Saya beri sedikit duit. Pak cik ni sebak. Ulang kali cakap terima kasih. Katanya tak pernah ada orang beri duit banyak begini. Kena halau kena marah bila minta tolong,” tulisnya lagi.

Ebit menambah, dia melihat pak cik berkenaan sebagai seorang ayah dan mengakui rindu dengan arwah ayahnya.

“Sedih dengar ceritanya. Saya yang dah tiada ayah ni. Rindu teramat pada ayah saya. Malam ni terus bawa ke rumah saya untuk rehat tidur. Pak cik ni makan minum laju dan habis dua bekas. Lapar sangat. Sedih pula rasanya.

“Bila bagi jubah dan kurta seronok sangat. Senyum sampai telinga. Katanya esok saya balik nak pakai kurta ni ustaz. Pergi masjid solat. Ya Allah. Insya-Allah, pagi ni nak bawa pak cik ni beli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan balik ke Kedah. Semoga pak cik tidur lena dan rehat yer. Ya Allah maafkanlah diriku disaat tidur lena ada orang dalam kesusahan dan kelaparan,” tulisnya lagi.