Skip to main content

Hiburan

“Bila Mereka Berasa Bahagia, Itu Sudah Cukup Baik…” - Bella Astillah

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah kini fokus kepada anak-anak dan kerjaya selepas mendirikan rumah tangga, dan hanya berkongsi perkara peribadi yang sesuai.
  • Anak-anak Bella dapat menyesuaikan diri dengan baik dan gembira tinggal sebumbung bersama keluarga baharu mereka.
  • Suami Bella, Syed Saddiq, memberi sokongan penuh terhadap kerjaya seninya, dan Bella mungkin kembali berlakon pada tahun hadapan tanpa terburu-buru.
Advertisement

Berkongsi mengenai kehidupan peribadi selepas mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata tumpuannya kini lebih terarah kepada anak-anak dan kerjaya.

Advertisement

Menurutnya, dia tidak keberatan berkongsi perkara peribadi yang dirasakan sesuai, namun mahu lebih mengutamakan keluarga serta tanggungjawab profesional.

“Buat masa ini, fokus saya adalah kepada anak-anak dan kerjaya. Jadi, perkara peribadi yang boleh dikongsikan, saya akan kongsikan. 

Advertisement

“Namun, selebihnya, fokus saya sekarang memang lebih kepada kerjaya dan anak-anak,” katanya kepada Gempak. 

Berkongsi mengenai penerimaan anak-anak terhadap kehidupan baharu mereka, Bella bersyukur kerana kedua-duanya dapat menyesuaikan diri dengan baik dan gembira apabila kini tinggal sebumbung.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mereka sangat gembira. Biasanya, agak sukar untuk kita membuatkan anak-anak memahami sesuatu keadaan. Namun, apabila mereka sendiri berasa bahagia, itu sudah cukup baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Bella turut menjelaskan Syed Saddiq tidak pernah meletakkan sebarang syarat terhadap kerjaya seninya.

Sebaliknya, suaminya sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk dia meneruskan apa sahaja yang dirasakan terbaik.

“Setakat ini, tidak ada. Beliau memberikan sokongan dan sentiasa memberikan kata-kata semangat. Beliau selalu mengatakan, tidak mengapa dan teruskan apa sahaja yang saya rasakan terbaik. Saya rasa semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas agak lama berehat, Bella tidak menolak peluang untuk kembali ke hadapan kamera, namun memilih untuk tidak terburu-buru.

Katanya, dia mungkin mempertimbangkan tawaran lakonan pada tahun hadapan kerana mahu menikmati fasa awal perkahwinan selain meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

“Memang sudah lama sangat saya tidak berlakon. Namun, kita lihatlah, insya-Allah tahun hadapan. Saya rasa tidak mahu terburu-buru buat masa ini.

“Kami baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan. Jadi, saya rasa lebih baik mengambil masa dan menjalani semuanya secara perlahan-lahan.

“Saya juga sedar Ayden dan Ara akan semakin membesar. Jadi, selagi saya masih berpeluang untuk meluangkan masa bersama mereka, saya mahu menggunakan kesempatan itu untuk berada di sisi mereka,” katanya.

Mengakui bukan mudah mengimbangi jadual kerja yang padat dengan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, Bella bagaimanapun menganggap kesibukan tersebut sebagai rezeki yang perlu disyukuri.

“Sejujurnya, memang agak sukar. Namun, saya percaya ini merupakan satu masalah yang baik untuk dihadapi. Ini semua rezeki. Jadi, selagi Allah masih mengurniakan rezeki, saya akan menerimanya.

“Tambahan pula, semua ini juga demi masa depan anak-anak. Jadi, saya tidak kisah. Alhamdulillah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement