Penyanyi dan pengacara Ifa Raziah bersyukur apabila berjaya mendapatkan suntikan dos pertama Pfizer di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor pada petang Isnin.

Ifa berkata proses suntikan berjalan lancar dan bersyukur kerana menerima layanan yang baik daripada pihak hospital.

“Syukur Alhamdulillah Miss Diva telah mendapat suntikan yang pertama vaksin di Hospital Islam Az-Zahrah, di Bangi.

[[BACA: Dikecam Kerana Pilih Vaksin, Ifa Raziah Bukan Mengada-Ngada Tapi...]]

“Terima kasih banyak-banyak di atas layanan diberikan kepada Miss Diva…Semua staff sangat baik dan sangat prihatin kepada semua pengunjung yang datang mengambil suntikan vaksin,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Selain itu Ifa turut mengucapkan terima kasih netizen dan golongan selebriti yang tidak habis-habis mengeji dan mencacinya sebelum ini.

“So, warga netizen dan selebriti yang tak habis-habis mencaci hina Miss Diva pasal isu vaksin since last week, this is for you!

“Kalau dah rezeki tertulis, buatlah macam mana sekalipun tetap akan dapat juga. Tak payahlah nak dengki, iri hati, busuk hati, busuk perut dengan rezeki orang lain.

[[BACA: Bertalu-Talu Dapat...Ifa Raziah Dipelawa Vaksin Pfizer Oleh Beberapa Hospital]]

“Buang-buanglah perasaan jijik tu dalam diri memasing. Miss Diva tak pernah pun nak kacau life korang yang sedehhhhh tu,” tulisnya lagi.

Ifa juga berkongsi proses suntikan yang dilakukan kepada dirinya.

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)


Terdahulu, nama Ifa Raziah menjadi panas gara-gara sebuah videonya yang membatalkan hasrat untuk mengambil vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), menjadi tular.

Ifa kemudiannya menjelaskan sebab dia perlu mendapatkan vaksin jenis Pfizer selepas namanya mencetus perdebatan hangat netizen.