VIRAL
"Alhamdulillah, Selamat Sampai" - Sajat Dikhabarkan Balik Malaysia, Tanya Idea Bazar Ramadan Menarik
Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, mencuri perhatian ramai apabila memuat naik perkongsian terbarunya di media sosial.
“Alhamdulillah, selamat sampai," tulisnya ringkas.
Mesej itu menimbulkan spekulasi bahawa Sajat, 40, telah pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun menetap di Australia.
Dalam hantaran sama, Sajat turut berkongsi perasaannya tentang kelebihan negara sendiri berbanding tempat asing.
“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negara sendiri," tulisnya lagi.
Perkongsian itu turut disertakan dengan tanda pagar #balikkampung, sekali gus menguatkan andaian bahawa dia kini berada di tanah air.
Kepulangan Sajat disambut baik oleh pengikutnya di media sosial, yang rata-rata gembira melihat dia bakal meraikan Syawal bersama keluarga.
Selain berkongsi berita kepulangannya, Sajat juga sempat bertanya kepada pengikutnya mengenai bazar Ramadan yang menarik untuk dikunjungi.
Sejak 2021, Sajat menetap di Australia selepas menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia atas beberapa kesalahan syariah.
Dia pernah didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas dua pertuduhan, termasuk berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang dianggap tidak sopan di Instagram.
Must-Watch Video