Dengan sekali lafaz, juara Hero Remaja 2017/2018, Alif Muhaimin telah selamat disatukan dengan pasangan, Nur Fatin Alissa sekitar pukul 12 tengah hari dalam sebuah majlis yang dilangsungkan di Hulu Langat, Selangor pada Sabtu.

BACA: Bakal Berkahwin Esok, Alif Muhaimin Kerap Belajar Mengaji Al-Quran, Jaga Solat

Alif, 28, yang segak mengenakan persalinan songket berwarna berona biru itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah.

Dalam majlis sama, usai akad nikah, Alif menyerahkan mas kahwin berupa RM15,000 kepada pengantin perempuan dan sebentuk cincin.

Alif juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan yang dirahsiakan senarai barangannya.

Untuk rekod, Alif dan Alissa telah mengikat tali pertunangan pada 29 Oktober 2022 selepas beberapa bulan berkenalan.