Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mengakui masih mengekalkan tradisi mengedarkan kad raya pada setiap tahun menjelang Aidilfitri.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 27, berkata, dia akan memperutukkan 200 keping kad raya untuk diedarkan kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat.

"Bertukar-tukar kad raya sebelum Aidilfitri, merupakan tradisi keluarga saya dan ini cara kami mengeratkan silaturahim.

"Secara tak langsung ia akan menjadi kenangan indah pada masa hadapan.

"Meskipun tradisi ini semakin dilupakan namun saya rasa ia sangat istimewa berbanding kita menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi Whatapps.

"Kalau boleh saya mahu kekalkan tradisi ini dan saya juga akan menyuruh anak saya lakukan perkara yang sama nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Alif ditemui ketika Jelajah Sajian Hati Digi di Bazaar Ramadan Kelana Jaya, pada Isnin.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.


Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di Bazaar Ramadan Bandar Baru Uda, pada 22 Jun ini bersama selebriti jemputan iaitu Akim dan Stacy.

Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™ menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!

Teks oleh: Rozaimi Zubaidi