Hiburan
Aliff Aziz Berang Bella Kena Hina Dengan Netizen, "Kecil-Kecil Tak Nak Ma*** ..."
Penyanyi Aliff Aziz berang apabila isterinya, Bella Astillah yang juga seorang selebriti menerima kata hinaan daripada seorang netizen mengenai bentuk badannya.
Menurut Aliff, tindakan individu terbabit tidak boleh diterima kerana dia telah berkelakuan biadab dengan wanita yang sedang sarat hamil.
"Satu perkara menyampaikan kata-kata kasar untuk orang lain tapi menyampaikan kata-kata ini kepada wanita yang sedang sarat mengandung yang merupakan rahmat Allah adalah satu tahap yang lain.
"Ini akibatnya apabila tiada basic value untuk hormat orang lain lepas tu keluarkan kata-kata kesat dekat ibu mengandung yang tak pernah buat salah dengan kau.
"Ini contoh kata-kata orang, kecil-kecil tak nak ma***, dah besar jadi attention seeker," tulisnya.
Ketidakpuasan itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya semalam.
Sementara itu, pelantun lagu Sayang Sayang menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terjadi lagi.
"Anda mahukan reaksi? Ini dia. Saya tak bergurau apabila bercakap tentang ini. Berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang," tulisnya lagi.
Menerusi IG Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabella Awang Astillah mendedahkan akaun yang digunakan itu adalah palsu selepas didedahkan oleh seorang wanita yang mendakwa fotonya telah disalahguna.
"Menggunakan foto saya adalah satu perkara dan mengganggu orang dengan menggunakan foto saya berada di tahap yang lain!! Minta maaf @bellaastillah," tulis pengguna yang bernama @nadaalnahdi.
"Oh, betul? Baiklah. Korang, berhenti mengikuti akaun itu dan sila laporkan akaun tersebut. Akaun palsu," balas Bella.
Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.
Kini, Bella sedang sarat hamil anak kedua dan dijangka akan bersalin pada 17 Julai ini.
Must-Watch Video