Lima story menarik untuk kita recap hari ni…Boleh tahan juga ‘panas’nya!

#1. Aliff Shukri kena kecam share tips malam pertama, netizen kata jijik!

Niat Datuk Aliff Shukri mungkin untuk mempromosikan produk, tetapi netizen anggap ia keterlaluan. Iyalah kongsi tips malam pertama tu…macam tak sesuai kot, lagi-lagi kalau akaun media sosial ada pengikut bawah umur!

BACA: Kongsi Tips Malam Pertama Sambil Promosi Produk, Aliff Syukri Undang Rasa Kurang Senang Netizen

#2. Lelaki sangap cium seluar dalam! Euwww!

Aduhai, macam-macam hal lah! Dek kerana dorongan nafsu seorang lelaki warga emas sanggup melakukan kelucahan melampau apabila kantoi sedang melakukan perbuatan tidak senonoh sambil menggigit dan menghidu seluar dalam wanita yang di jemur di ampaian kain.

Dengar cerita dah kena tangkap polis pun…

BACA: Lelaki Cium Sp*nder Sambil Melanc*p? Rupanya Dah Kena Cekup, Tak Sangka Dah Berumur…

#3. Elfira minta tips mudah bersalin

Bakal menyambut ‘orang baharu’ dalam keluarganya tidak lama lagi, pelakon Elfira Loy meminta pandangan pengikutnya untuk berkongsi kembali tips bagi memudahkan proses bersalin.

Semoga dipermudahkan El!

BACA: Bimbang Alami Kesukaran Bersalin Anak Kedua, Elfira Loy Minta Tips Dari Netizen - “Cuba Share Balik…”

#4. Datuk Rosyam Nor happy Midnight kucing kesayangannya dah kembali!

Datuk Rosyam Nor berkongsi perasaan gembira beliau apabila kucing kesayangannya Midnight dijumpai selepas hampir dua minggu hilang. Midnight dijumpai individu baik hati yang menjaganya dengan baik…Alhamdulillah…

BACA: “Dah Jumpa! 2 Minggu Menghilang, Midnight Kembali Ke Pangkuan Keluarga..” – Rosyam Nor Ucap Terima Kasih Kepada Yang Membantu

#5. Alamak! DSV kena lagi ke…? Kali ni sebab tak jalankan tugas sebagai ‘Presiden Netizen’ dengan baik!

Marah betul netizen bila DSV tak baca komen di Twitter semasa siaran langsung Big Stage. Kata mereka, Presiden Netizen tak buat kerja!

BACA: Dikecam Tak Baca Twitter, Vida Jawab - “Takkan Tak Pandai Komen, Saya Pun Pernah Menyanyi, Netizen Bagi lah Saya Chance”