Perkongsian sedutan lagu raya yang dibuat oleh usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya semalam mengundang kecaman netizen.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik satu babak daripada muzik videonya yang menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum yang terlalu aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan bulan Syawal.

Kostum ketat

Tidak hanya kostum ketat mengikut bentuk badan, gaya persembahan dia serta penari-penarinya juga menjadi bahan kritikan daripada wargamaya.



“Astaghfirullah! Datuk! Ini 10 malam terakhir Ramadan. Hormat lah. Jangan cabar Allah! Tolonglah kita sesama Islam ni. Allahuakbar! Jangan cabar Allah! Jangan cabar!

“Cari lah keampunan, carilah reda Allah bukan murka dengan tarian yang tidak senonoh dan pakaian ketat kaum lelaki. Kami sesama Islam hanya mampu menegur dan berdoa. Allahuakbar! Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua,” ujar seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, ada juga yang memohon supaya menghormati bulan Ramadan untuk 10 hari yang terakhir.

Hari-hari terakhir Ramadan

“Datuk. Ini hari-hari terakhir Ramadan. Boleh tak Datuk hormat Ramadan sekejap? Sekejap je Datuk. Buat ni bukan untuk saya, tapi untuk agama kita, untuk Rasulullah, untuk Allah.



“Kalau tak nak buat untuk Datuk takpa, tapi buatlah kerana sayangkan Ramadan. Jangan sebab duit semata, Datuk jadi buta agama, buta iman, buta akhlak.

“Datuk suka viralkan? Jangan nanti akhirat sana Datuk viral juga. Tapi viral dengan murka Allah. Maaf Datuj dgn kata-kata saya. Saat Ramadan dihina, saya rasa saya hina sangat kalau tak bersuara,” tutur seorang lagi wargamaya.

Sungguhpun ditegur kiri dan kanan, namun Aliff Syukri tidak memberikan sebarang respons.

ARTIKEL BERKAITAN: Umum Nak Keluar Lagu Raya Baru, Netizen Dah Muak Dengan Konten Aliff Syukri? - “Tiap Kali Ramadan Bawa Kontroversi"

ARTIKEL BERKAITAN: Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”