Hiburan
All Stars Buka Panggung: "Saya Mahukan Saingan Sengit Di Semi Final" - Erra Fazira
Pelakon jelita, Erra Fazira mahukan perlawanan yang sengit di minggu separuh akhir All Stars Buka Panggung (ASBP) yang bakal berlangsung pada malam ini.
Bertindak selaku Seri Dewi Panggung ASBP, Erra mahukan saingan yang kuat dari pemenang mingguan ASBP.
"Saya mahukan saingan yang baik untuk minggu separuh akhir. Untuk perlawanan mingguan, mungkin kita akan dapat lihat jurang antara peserta.
"Tetapi, pastinya minggu separuh akhir akan menyajikan sesuatu yang berbeza. Bintang yang melangkah ke peringkat seterusnya juga bagus-bagus belaka.
"Jadi, saya mahukan saingan sengit di minggu 'semi final' ASBP. Tak sabar mahu menontonnya!" kata Erra.
Dalam pada itu, Erra juga kagum dengan kesungguhan selebriti yang menyertai ASBP.
"Mereka sangat berbakat kerana boleh menguasai pentas dan mempunyai bakat lakonan 'impromptu'.
"Bukan senang nak berlawak dan berlakon secara spontan mengusai ruang pentas di hadapan orang ramai.
"Jadi, saya kagum dengan bakat dan kesungguhan yang mereka tonjolkan saban minggu," katanya lagi.
Pemenang mingguan ASBP iaitu Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Zulhuzaimy, Rita Rudaini dan Noorkhiriah bakal berentap di pusingan separuh akhir malam ini.
Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh ASBP.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.
Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Program ini bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Must-Watch Video