Penyanyi, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza 2023 sebentar tadi.

Menewaskan tujuh bintang yang lain, Jac mempersembahkan lagu When You Believe secara solo dan lagu Sandarkan Pada Kenangan duet bersama Datuk Jamal Abdillah manakala segmen battle pula berentap menerusi lagu Korea, Kill This Love.

“Terima kasih Tuhan, terima kasih semua orang, kasih Tok Ram, Datuk Syafinaz dan bunda, terima kasih banyak-banyak,” ujarnya sebak.

Kemenangan itu sekaligus membuatkan Jac menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi emas Gegar Vaganza.

Pakej Percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka.

Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh.

Kesemua finalis akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pekej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza.

Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka.

Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella.

Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.

Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Ramai Suruh Cucuk Steroid Untuk Atasi Masalah Suara, Tapi Jac Tak Buat Sebab…​