Bintang All Stars Gegar Vaganza, Jaclyn Victor mendedahkan yang ramai yang mencadangkan supaya dia mengambil suntikan steroid bagi mengatasi masalah Laryngitis yang dialaminya.

Masakan tidak, juara Gegar Vaganza Musim Ke-9 itu kehilangan suara sekitar awal minggu lalu, beberapa hari sebelum berlangsungnya konsert All Stars Gegar Vaganza minggu ke-6.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor Hilang Suara, Taip Di Handphone Untuk Berkomunikasi - "Saya Takkan Tarik..."

“Ramai yang cakap dengan saya, ‘Jac, tolong pergi cucuk. Jadi saya minta nasihat pakar, dengan harapan dia cakap ok. Tapi dia kata jangan cucuk.

“Sebab dia kata, ada orang pernah kena brain damage akibat suntikan berkenaan. Mungkin sebab steroid dia terlampau tinggi. Pakar itu nasihatkan saya supaya banyakkan rehat.

“Sambil rehat tu, hari-hari saya berdoa, supaya saya pulih dengan segera. Maklumlah, minggu ni lagu English best, duet pula tu dengan penyanyi best. Tiba-tiba tak boleh nyanyi. Memang risau. Tapi hari ke hari lepas banyak rehat, suara saya ok sikit,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, Gempak melaporkan yang Jac terpaksa menggunakan nota di telefon bimbit untuk berkomunikasi akibat serangan Laryngitis.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

BERITA TRENDING: GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.