Konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Menyampaikan Tegar nyanyian asal Datuk Seri Rossa, Noryn bagaimanapun menduduki tangga terakhir dengan peratusan markah sebanyak 55.25%.

Sementara itu, kedudukan pertama bagi minggu kesembilan ini pula menjadi milik Jaclyn Victor dengan markah sebanyak 82.88%.

Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza:

1. Jaclyn Victor ft Nadeera Zaini - All I Ask (82.88%)

Datuk Ramli MS:Sangat balance duet kamu, tajwid sama, ending sama, dinamik sama,”

2.Tomok ft Black - Tak Mungkin Berpaling (77.00%)

Datuk Syafinaz: “Saya rasa Tomok memikirkan segalanya, awak nampak kesemua tentang persembahan ini di pentas, saya rasa mudah sebab awak kerja dengan bff, energi vibe sama, awak tidak digelapkan oleh Black sebab semua orang tahu Black penyanyi bersuara tinggi, pada saya kedua-duanya cukup,”

3. Hady Mirza ft Shiha Zikir - Kamu Yang Ku Tunggu (73.25%)

Datuk Syafinaz Selamat: “Saya rasa it is such a sweet perfomance, kita nampak ada connection dua insan bercinta, saya suka Hady walaupun dia menyanyi tinggi, dia boleh kontrol rupa, muka, smile sweet, itu menunjukkan satu skill, overall saya tak cakap memukau tapi memuaskan,”

4. Nikki Palikat ft Ara Johari - Drama King (73.13%)

Hetty Koes Endang: “Lagu apa pun yang kamu dapat bunda yakin kamu akan buat yang terbaik, kamu orangnya penampilan yang sangat bagus. Tiada kesalahan malam ini, kamu bagus,”

Datuk Syafinaz Selamat: “Last week kamu shaky tetapi this week lebih baik, kamu beri konsep sangat baik, penyampaian kamu dan Ara sangat baik. Pada saya persembahan memuaskan,”

5. Liza Hanim ft Noraniza Idris - Hati Kama (72.75%)

Hetty Koes Endang: “Bunda kasi 5M, menjiwai, mengalir seperti air, menyentuh hati, menggegar alam, menurut bunda, complete complete complete, jaga kesihatan, kamu gebrek!”

6. Naqiu ft Hazama - Samar Bayangan (72.00%)

Datuk Ramli MS: “Kenapa hari ini? Tak relax… Tak ada banyak sangat error, tak teruk sebab you ada partner, sorang work sorang tak work begitulah perumpaannya but not that bad. You kena faham bila ada pasangan, awak beraksi, perbandingan pasti ada, not that bad but this is not your KPI,”

7. Siti Nordiana ft Amelina - Teringin (63.13%)

Datuk Ramli MS: “Bila ambil second voice, dah tentu suara tinggi, kenapa mic tak jauh sikit? Duo dengan dengan duet lain tau, part dekat belakang tu save you a lot,”

8. Azharina ft Putera Muhammad - Ku Tak Bisa (63.00%)

Hetty Koes Endang: “Lagunya note rata sahaja, tapi itulah bagaimana cara kamu mengulit lagu ini jadi lebih hebat, kamu menunjukkan emosi yang sangat baik, isi cerita kamu faham. Cukup serasi, tapi lebih baik lagi kalau ada jawab menjawab itu lebih bagus. Cuma ada over tone, diambil oleh Putera jadi kamu kaget. Peserta yang dinilai bukan Putera, jadi kamu harus lebih dominan. Hati-hati, dominan adalah peserta bukan rakan duet.

9. Aliff Aziz ft Zaki Yamani - Jampi (62.75%)

Datuk Ramli MS: “Saya okay dengan persembahan ini yang bertungkus lumus, awak bagi dia kekuatan, ada benda yang sikit-sikit but the point kita still bagi yang sepatutnya,”

10. Noryn Aziz ft Dia Fadila - Tegar (55.25%)

Datuk Syafinaz Selamat: “Yang pertama, saya suka overall look, tak nampak siapa lebih, nampak sama. Pada saya pembahagian part pun cantik, tak nampak lebih, yang saya nampak melodi lagu ini mencabar untuk dinyanyikan secara harmoni, terutamanya pada cord profession yang bertukar, anda berdua lakukan sangat baik. Kalau boleh mainkan sedikit dengan dinamik, kita akan dapat lebih rasa, tapi boleh rasa graft dia menaik dan energatik. Noryn boleh tak bila nyanyi muka jangan berkerut sebab awak dah lah cantik,”

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Kurang Main Dengan Dinamik, Noryn Aziz Tersingkir

PILIHAN PEMBACA: Noryn Aziz Suntik Steroid Rawat Suara 'Rosak' - "Mungkin Sudah Terlalu Stress Untuk Pertandingan Ini"

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.