,
Hiburan

"Allah SWT Makbulkan Doa Kalian Semua" - Isteri & Anak-Anak Alif Satar Negatif COVID-19

Zulaikha Yusof
24/11/2020
00:31 MYT
Selebriti serba boleh, Alif Satar melahirkan rasa syukur selepas isteri, Sha Dila Halid, 35, dan anak-anak, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, negatif Covid-19.
Walaubagaimanapun, demi keselamatan keluarganya itu akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu.
"Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu," tulisnya.
Berita gembira itu dikongsikan di Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto keluarga.
Dalam pada itu, pelantun lagu I Want You To Love Me turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan untuknya dan keluarga.
"Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp.
"Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian. Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya.
"Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah," tulisnya lagi.
Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka.
BACA: Alif Satar Positif COVID-19; “Saya Mohon Maaf, Doakan Saya” -
Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian calitan di kediamannya, jam 9.30 pagi, semalam (Isnin).
BACA: Isteri Alif Satar Risaukan Anak-Anak – “Ya Allah, Lindungi Anak-Anakku…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dedah Bekas Suami Yang Minta Cerai, Yulhee Risau Efek Emosi Anak – “Perceraian Adalah Pilihan Paling Akhir Apabila Sudah Tiada Jalan Lain”

gempak
23/10/2024
16:00 MYT
Bekas anggota Kumpulan K-Pop LABOUM iaitu Yulhee mendedahkan bekas suaminya, Minhwan merupakan orang yang pertama meminta cerai.
Hiburan

Isteri Azlan Komeng Kini Jual Sos Buatan Sendiri Bantu Tampung Keluarga - "Apa Sahaja Kerja Datangkan Duit Saya Akan Buat"

gempak
23/10/2024
05:55 MYT
Isteri kepada Azlan Komeng Nur Nilam Ortiz kini sibuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatannya sendiri bagi membantu menyara keluarga selepas suaminya masih lagi belum boleh bergerak sehingga hari ini.
Berita

CEO GISB, Isteri, Anak 'Abuya' & 19 Individu Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

gempak
23/10/2024
03:45 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi dan 19 individu lain didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
BorakSeeni