Laman Utama

“Allah…Syukur Dapat Balik Anak, Betul la Firasat Ibu Itu Tepat…”

Fiza Kamarudin
13/06/2021
00:45 MYT
Usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall bersyukur apabila dapat bertemu dengan anaknya semula.
Siti Jamumall menerusi hantaran di laman sosial Facebook berkata, tidak tergambar perasaannya apabila tertukar anak dan naluri seorang ibu tidak pernah menipu.
“Tak tergambar perasaan bile tertukar anak…Allah syukur dapat balik anak, betulla firasat ibu tepat, rasa sayang tu lain bila dapat balik anak sendiri,” katanya.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai Siti Jamumall yang cemas apabila menyedari bayi yang dibawa pulang dan disusukan bukan anak kandungnya.
Dia hanya menyedari perkara tersebut ketika suaminya mahu memotong tanda nama pada kaki bayi tersebut dan mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.
[[BACA: Siti Jamumall Terkejut Rupanya Bayi Disusukan Bukan Anak Kandung...]]
Bagaimanapun menerusi sebuah lagi hantaran Siti Jamumall berkata, kejadian tersebut seharusnya dijadikan pengajaran buat ibu-ibu lain.
“Pengajaran buat saya, sesuatu yang saya takkan boleh lupa sampai bila-bila…Saya akan ingat dan akan jadikan sebagai satu kenangan.
“Saya dah jumpa anak saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Benda yang tidak saya jangka langsung akan berlaku,” katanya sebak.
Menurutnya, dia menghubungi Dianah, ibu kandung kepada bayi (yang tertukar) tersebut dan memaklumkan mengenai insiden berkenaan.
“Mereka tak perasan yang bayi kami tertukar sehinggalah pihak hospital telefon dan maklumkan kepada mereka. Memang betul mereka sudah bawa anak saya balik ke rumah.
“Tapi Alhamdulillah, ketika saya dan suami sampai di hospital Dianah dan suami sudah pun berada di sana dengan anak kami.
“Saya bersyukur sangat-sangat anak saya duduk dengan orang yang baik, jaga dia dengan baik. Malah, masa nak pulangkan anak saya tadi pun dia kata dia rasa sedih sebab dia dah mula sayang pada bayi itu,” katanya.
Tambah ibu kepada dua orang nak itu lagi, tidak ada perbincangan yang panjang dengan pihak hospital cuma mahu mereka bertanggungjawab sekiranya ada komplikasi berlaku kepada bayi keduanya itu.
"Saya hanya mahu mereka bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa berlaku kepada anak saya kerana tidak sampai 24 jam dia berada dalam jagaan hospital.
"Selepas dia dilahirkan pada jam 2.36 pagi Jumaat lalu dia terus diberikan kepada Dianah untuk dibawa pulang," jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Siti Jamumall Tak Anggap Diri Influencer - “Nampak Muka Aku Je Kata Konten, Cakaplah Apa Pun…”

gempak
01/07/2024
00:55 MYT
Usahawan, Siti Jamumall tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang personaliti media sosial mahu pun pempengaruh.
Hiburan

"Siapa Yang Dia Suka, Itu Menantu Saya” - Ibu Siti Jamumall

gempak
27/06/2024
01:55 MYT
Ibu kepada usahawan, Siti Jamumall iaitu Norisan Jaafar, 55, menolak dakwaan tidak merestui perkahwinan anaknya dengan pempengaruh, Aiman Tak Kisah.
Viral

Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal Usul Pilihan Nama Aiman Tak Kisah

gempak
25/06/2024
09:25 MYT
Suami kepada usahawan, Siti Jamumall iaitu Aiman menjelaskan tentang kekeliruan orang ramai mengenai penggunaan nama Aiman Tak Kisah yang sebelum ini pernah menjadi tular sekitar tahun 2006.
Hiburan

Aiman Tak Kisah Dilabel Perosak Perkahwinan, Anggap Best Man Win - “Masih Ada Peluang Selagi Cincin Belum Dijari”

gempak
20/06/2024
02:30 MYT
Suami kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall iaitu Aiman memaklumkan dia tidak kisah sekiranya ada yang menggelarkan dirinya sebagai a wedding breaker atau perosak perkahwinan.
Viral

Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

gempak
19/06/2024
07:41 MYT
Susulan kontroversi mengenai perkahwinannya, pempengaruh Siti Jamumall menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan suaminya iaitu Aiman Tak Kesah di Thailand pada 1 Jun kerana mahu mempercepat pernikahan mereka.