Laman Utama

“Allahu, Bergenang Air Mata Saya” - Adi Putra Sebak Anak Istimewa Baca Doa Sempena Hari Lahir Ke-40

gempak
Azwa Rahman
26/02/2021
04:00 MYT
Sponsor Banner
“Allahu, Bergenang Air Mata Saya” - Adi Putra Sebak Anak Istimewa Baca Doa Sempena Hari Lahir Ke-40
Pelakon Datuk Adi Putra melahirkan rasa sebak apabila anaknya yang tidak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Adi atau mama sebenarnya Hadi Putera Halim memuat naik sebuah video sambutan ulang tahun kelahiran yang disambut bersama keluarga untuk tatapan umum.
“Saya rasa sebak bila puteri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya.
“Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling istimewa yang tak dapat dibeli di mana-mana.
“Terima kasih isteriku, Az-zahra, Nani yang meraikan ulang tahun ku ke 40 tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin,” luah Adi di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu, Zara membacakan doa buat bapanya sambil Adi memegang sebiji kek dan kemudian mereka bergambar kenangan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang turut berasa terharu mendengar doa seorang anak kepada bapanya.
Rata-rata mereka turut menitipkan ucapan hari lahir buat pelakon kelahiran Singapura itu.
Selamat hari lahir sahabatku, Allah merahmatimu dan keluargamu dunia akhirat,” tulis pelakon Syamsul Yusof.
Alhamdulillah, selamat hari jadi abg Adi,” komen pelakon Nadia Brian.
Hadiah terindah daripada yang Satu. Sannah helwah ya ukhti,” kata seorang wargamaya.
I cry Ya Allah. Jadikan aku manusia yang bersyukur,” luah seorang wargamaya.
Anak syurga, selamat hari lahir abg Adi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 200,000 tontonan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024