Hiburan
Along Cham Sebak Kongsi Momen Sambut ‘Birthday’ Dalam Penjara, Terharu Dapat Layanan Baik - “Mereka Letak Coklat & Tulis…”
Gagal menahan rasa sebak, pelawak Along Cham berkongsi momen ketika menyambut ulang tahun kelahirannya ke-42 tahun bersama tahanan dan warga kerja di Penjara Sungai Buloh.
Kumpul roti
Menurut Along atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, mereka mengumpul roti untuk dijadikan sebiji kek dan meraikan kelahirannya dengan meriah.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Game Over Feena” - Adik Along Cham Bongkar Komplot Isteri & Rakan-Rakan
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Seleweng RM100K, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Doa Pada Allah Kalau Kandungan Itu Milik Saya, Kekalkan Tapi Jika Sebaliknya, Keluarkan” - Along Cham
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Didakwa Seleweng Duit Dana RM100,000, Along Cham Dedah Aaron Aziz Juga Mangsa Penipuan - “Paling Mengejutkan Apabila…”
“Perkara paling menyeronokkan ketika di sana, sewaktu hari lahir saya, para OKT ini sanggup mengumpulkan roti penjara untuk jadikan sebiji kek buat saya.
“Mereka meletakkan coklat dan tulis nama saya pada kek tersebut. Satu sel menyanyikan lagu hari lahir dan kek itu diberikan kepada saya.
“Ini perkara yang tidak akan saya lupakan. Dikala orang luar lihat mereka ini seperti tiada harapan, anda silap. OKT ini belum jatuh hukum. Mereka sentiasa beri semangat,” katanya kepada Gempak.
Sokongan
Dalam pada itu, pelawak berusia 42 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penjara yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sepanjang berada dalam tahanan.
“Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Sungai Buloh yang sentisa ukirkan senyuman kepada saya. Ini memang satu rahmat.
“Di sana, duit tidak bernilai tetapi sokongan moral menjadi vitamin buat saya sehingga saya keluar.
“Saya masuk di sana dalam keadaan longlai. Bila seorang anak dan bapa yang tiba-tiba berada dalam situasi ini, siapa sahaja yang tak berasa lembik,” katanya.
Reda dengan ujian
Bapa kepada seorang cahaya mata ini tetap reda dengan segala ujian yang menimpa dirinya saat ini.
“Segala yang berlaku ini ada asbabnya. Saya dapat kembali bersatu dengan ibu yang juga syurga saya. Saya tak anggap perkara ini bala atau bencana untuk saya.
“Allah masih lagi nak tegur saya,” katanya.
Terdahulu, Along mendedahkan Afreena sudah tiga kali melanggar taklik sepanjang tahun lalu.
Lantaran itu, Along bakal mengesahkan akan menfailkan lafaz cerai taklik terhadap Afreena di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.
Untuk info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreena pada 4 April tahun lalu selepas sembilan tahun menduda.
Isnin lalu, Along membuat sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.
Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.
Must-Watch Video