Hiburan

Isteri Didakwa Seleweng Duit Dana RM100,000, Along Cham Dedah Aaron Aziz Juga Mangsa Penipuan - “Paling Mengejutkan Apabila…”

gempak
Asyikin Mayudin
28/01/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
Isteri Didakwa Seleweng Duit Dana RM100,000, Along Cham Dedah Aaron Aziz Juga Mangsa Penipuan - “Paling Mengejutkan Apabila…”
Pelawak Along Cham mendakwa isterinya iaitu Afreena Suhaimi membuka tabung dana untuk kegunaan menguruskannya ketika ditahan di Penjara Sungai Buloh dan penjagaan anak lelakinya, Ahmad Daniel, 14.
Bagaimanpun, Along berkata dana yang terkumpul hampir RM100,000 daripada orang awam dan rakan selebriti itu tidak sampai ke tangannya.
Malah menurut Along, anaknya telah diuruskan dan dijaga oleh pelawak dan pengacara Didie Alias dan bukannya Afreena seperti yang didakwa.
“Dana-dana yang dikatakan untuk kegunaan saya, jujur itu tidak ada. Dana tersebut tidak sampai kepada pihak saya. Duit yang digunakan untuk ikat jamin saya adalah daripada ibu, keluarga dan Didie Alias.
“Saya juga pelik, ada dalam kalangan selebriti yang beri sumbangan tapi dana itu tidak sampai ke tangan saya. Dia (Afreena) cakap konon-konon duit daripada dana itu untuk pembiayaan anak saya.
“Tapi sepanjang saya ditahan, anak saya diuruskan oleh Didie Alias. Dianggarkan lebih RM100,000 dana yang terkumpul,” katanya kepada Gempak.
Bukan itu sahaja, pelawak berusia 42 tahun itu juga mendedahkan pelakon Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya.
“Yang terbaru, saya mendapat panggilan daripada abang saya, Aaron Aziz yang kini berada di Uzbekistan. Dia ada memberikan kata-kata semangat.
“Paling mengejutkan saya apabila Aaron memaklumkan semalam, isteri saya ada meminta wang RM20,000 tapi Aaron hanya memberikan RM5,000 kononnya untuk membayar ikat jamin saya.
“Sedangkan wang ikat jamin itu telah pun diselesaikan oleh ibu saya dan Didie Alias. Saya sudah maklumkan kepada Aaron untuk usaha dapatkan kembali wang tersebut,” katanya yang turut beritahu Aaron sudah menerima semula wang RM5,000.
Dalam pada itu, Along memohon maaf bagi pihak isterinya yang mempergunakan namanya untuk kepentingan sendiri.
“Bagi pihak isteri, saya memohon maaf kerana dia menggunakan nama saya. Saya pun tak faham apa motif isteri saya,” ujarnya.
Sementara itu, ibu kepada Along sudah membuat laporan polis berhubung penyelewengan dana tersebut.
Pihak polis memanggil mana-mana pihak yang terlibat dalam memberi sumbangan ke dana tersebut untuk membuat laporan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024