gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Altimet Mulakan Misi Bendera Putih - “Tak Perlu Malu, Kami Tak Ambil Gambar Letak Barang Terus Gerak”

Mya Amri
Mya Amri
01/07/2021
04:45 MYT
Sponsor Banner
Altimet Mulakan Misi Bendera Putih - “Tak Perlu Malu, Kami Tak Ambil Gambar Letak Barang Terus Gerak”
Penyanyi rap, Altimet menyokong kempen mengibarkan bendera putih dan bakal menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan bermula esok (Jumaat).
Altimet memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
Justeru itu, Altimet memohon agar mereka yang memerlukan bantuan tidak perlu berasa malu untuk mengibarkan bendera putih.
Altimet juga menegaskan bahawa dia bersama seorang rakannya hanya akan meninggalkan barangan di hadapan pintu pagar rumah dan tidak perlu mengambil gambar untuk dimuat naik di mana-mana platform.
“Tidak perlu malu, kami tidak mahu untuk mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan upload.
“Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak tolong jiran sendiri. InsyaAllah hajat kami meronda setiap Jumaat sehingga tiada satu pun bendera berkibar,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Altimet (@altimet)
Altimet akan membuat rondaan untuk menghulurkan bantuan di sekitar Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak.
Kepada anda yang ingin membantu boleh menyalurkan dana ke akaun yang telah disediakan (Maybank: 564874006702).
Topic Berkaitan
#Altimet
#PKP
#Kempen Bendera Putih
#Bendera Putih
#Misi Bantuan Bendera Putih
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement