Skip to main content

Berita

Kucing Curi-Curi Naik Keretapi, Pekerja Terpaksa Hantar Pulang

Kucing Curi-Curi Naik Keretapi, Pekerja Terpaksa Hantar Pulang

Sekilas

  • Seekor kucing bernama Zeus menaiki kereta api sejauh 60 kilometer dari Braintree ke London tanpa disedari pemiliknya.
  • Kakitangan stesen menemui Zeus dan membawanya ke pejabat sebelum mengiringi kucing itu pulang ke Braintree.
  • Pemilik Zeus berkata kucingnya suka mengembara dan memakai alat pengesan lokasi untuk menjejaki pergerakannya.
Advertisement

Seekor kucing berusia empat tahun mencuri perhatian selepas menaiki kereta api sejauh kira-kira 60 kilometer dari Braintree, Essex ke London Liverpool Street tanpa disedari pemiliknya.

Kucing bernama Zeus itu menaiki perkhidmatan kereta api Greater Anglia pada 10 November lalu sebelum ditemui kakitangan stesen di London.

Advertisement

Perjalanan sejauh 37 batu (kira-kira 60 kilometer) itu berakhir apabila kakitangan stesen mengambil haiwan berkenaan dan membawanya ke pejabat bagi memastikan keselamatannya.

Jurucakap Greater Anglia berkata, Zeus kemudian diiringi menaiki kereta api untuk perjalanan pulang ke Braintree.

Pemiliknya, Lily Burroughs berkata, dia tidak begitu terkejut apabila mengetahui Zeus sekali lagi mengembara jauh tanpa pengetahuannya.

Advertisement

Menurutnya, kucing itu memang gemar keluar rumah dan pernah melakukan perjalanan ke beberapa lokasi lain sebelum ini.

Zeus juga memakai dua alat pengesan lokasi bagi membolehkan pemiliknya menjejaki pergerakannya.

Burroughs berkata, dia pernah cuba mengurung haiwan peliharaannya itu di dalam rumah, namun Zeus sering berusaha keluar sehingga mencederakan dirinya sendiri.

Katanya, Zeus merupakan kucing yang sangat sosial dan gemar berinteraksi dengan orang ramai.

Dia turut berterima kasih kepada kakitangan kereta api yang membantu membawa pulang haiwan peliharaannya itu.

Jurucakap Greater Anglia berkata, Zeus kelihatan menikmati perhatian kakitangan stesen dan penumpang sepanjang perjalanan pulang.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement