Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Alya Iman Enggan Layan Isu Lama Dituduh Perampas - “Saya Tak Nak Komen Apa Apa”

Ainun Md Zooki 30/04/2025 | 03:55 MYT

Pelakon, Alya Iman sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas dikaitkan antara selebriti yang terlibat menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Menurut Alya atau nama sebenarnya Alya Ziman Azmil, 24, dia langsung tidak membaca komen netizen di media sosial dan enggan mahu mengenang kembali perkara yang sudah lama berlalu.

"Kalau orang cuba melibatkan nama saya dalam hal ini, itu adalah di luar kawalan saya. Bagi saya, perkara yang sudah berlalu biarkan ianya berlalu.

"Saya tak nak komen apa-apa pun sebab sejujurnya saya tidak baca pun komen komen negatif fasal saya di media sosial.

"Bagi saya perkara ini tidak penting dan ia tidak memberi kesan kepada saya," katanya kepada Gempak.

Alya berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Sunway Pyramid, Selangor pada Selasa.

Sebelum ini, ada seorang individu telah mengaitkan beberapa nama selebriti yang didakwa menjadi perampas suami orang dan antara yang menjadi sebutan adalah Alya.

Perkongsian tersebut disebarkan di aplikasi Threads berhubung kisah rumah tangga seorang pempengaruh media sosial.

Meskipun ada segelintir netizen yang cuba untuk menjadikan dirinya ketika sedang membina nama di industri seni, anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha percaya setiap rezeki yang diperolehi itu sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.

"Saya tidak tahu dan saya tak rasa pun ada pihak yang mahu menjatuhkan saya.

"Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Saya hanya buat yang terbaik dan kerja saya. Rezeki itu tetap akan ada walau macam mana orang nak menjatuhkan kita," jelasnya.

Terdahulu, pada tahun 2020, Alya telah dituduh sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Perkara itu dibongkarkan oleh isteri kepada ahli perniagaan itu menerusi Instagram Story yang mendakwa pelakon itu sedang hangat bercinta.

Bagaimanapun, Alya kemudiannya mengakui dakwaan itu, menjelaskan mereka pernah bertunang namun hubungan tersebut berakhir pada Mac 2020.

BERITA BERKAITAN: Alya Iman Rindu Suasana Beraya Bersama Arwah Ibu & Bapa – “Kita Tak Minta Untuk Jadi Yatim Piatu Tapi…”

BERITA BERKAITAN: “Ramai Kecam Saya Sebab Berat Bertambah & Nampak Berisi” - Alya Iman

BERITA BERKAITAN: Alya Iman 'Gerun' Digandingkan Dengan Rosyam Nor - "Rupa-Rupanya Beliau ..."

BERITA BERKAITAN: Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"

#Netizen #Suami #Alya Iman #Rampas #Orang