Skip to main content

Budaya Popular

Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"

astro_gempak_alya_tudung.jpg

Pelakon Alya Iman memberitahu dia hanya akan bertudung apabila dirinya benar-benar bersedia pada kali ini.

Mengakui khilafnya terdahulu apabila mengambil keputusan membuka semula tudung selepas berhijab, Alya turut mengharapkan doa orang ramai agar dia menjadi lebih baik satu hari nanti.
 

 

"Saya memanglah nak bertudung,semua orang pun nak terbaik untuk diri dia. Tapi kali ini biarlah saya betul-betul sedia.

 
"Doakan baik-baik untuk Alya," katanya kepada Gempak.
 
Tahun lalu pelakon, Alya mengejutkan ramai pengikutnya di platform media sosial selepas memuat naik hantaran memaparkan dia tidak lagi bertudung.
 
Anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha ini juga enggan mengulas panjang mengenai dia tidak lagi berhijab bagaimanapun tidak mahu terus memikirkan kecaman-kecaman netizen.
 
"Doakan yang terbaik sahaja," ringkasnya.

Must-Watch Video

Advertisement