Hiburan

Alya Iman Komen Isu Gaun Seksi, Tutup Komen IG Demi Kesihatan Mental - "Bukan Sombong, Saya Tak Nak ..."

gempak
Ernalisa
29/10/2024
02:27 MYT
Sponsor Banner
Alya Iman Komen Isu Gaun Seksi, Tutup Komen IG Demi Kesihatan Mental - "Bukan Sombong, Saya Tak Nak ..."
Pelakon cantik Alya Iman memilih untuk menutup ruangan komen media sosialnya demi menjaga kesihatan mental.

BERITA BERKAITAN: Isu Pakaian Seksi Alya Iman, Ini Komen Pengurus! - "Alya Tidak Mahu ..."

BERITA BERKAITAN: Netizen Kritik Penampilan Alya Iman Datang Anugerah - “Kenapa Pakai Baju Nampak Lurah?”

BERITA BERKAITAN: "Siapa Nak Bagi Kan?" - Pelajar SPM Pusat Tuisyen PTTI Terkejut Menang Hadiah Kereta Harga RM40,000

BERITA BERKAITAN:"Fattah Tak Pernah Kongsi Masalah Rumah Tangga..." - Iman Tang

Enggan menoleh ke belakang, Alya yang baru-baru ini terpalit dengan kontroversi imej seksi ketika menghadiri acara hiburan turut akui kesilapannya.
“Saya sekarang tutup semua ruangan komen. Semua itu saya buat untuk menjaga kesihatan mental saya.

“Mula-mula tu memang saya baca dan mestilah kita rasa down. Tapi sekarang tidak lagi. Saya tutup komen saya.

“Bukan sebab saya sombong atau apa. Saya cuma nak jaga perasaan saya sendiri.
“Apa yang sudah terjadi, saya tak boleh berpatah balik dan saya terima apa yang diperkatakan oleh mereka yang tidak senang dengan cara saya. Tapi saya tak nak perkara-perkara sebegitu terus mengganggu kerja saya.

“Jadi, jalan dia, saya tutup komen! Hanya orang tertentu sahaja boleh komen,” tegasnya kepada Gempak.

Alya sebelum ini mendapat kecaman hebat apabila mengenakan busana yang disifatkan seksi oleh segelintir netizen ketika menghadiri sebuah acara hiburan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024