Menerusi sebuah rakaman video yang tular, Alya hadir ke anugerah tersebut dengan mengenakan busana serba gelap.
Kehadiran anak kepada aktor Allahyarham Azmil Mustapha itu turut disambut peminat hiburan tanah air yang menyapa Alya sebelum masuk ke dewan.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah netizen meluahkan rasa kurang senang dengan busana yang digayakan Alya.
Rata-ratanya merasakan penampilan pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan itu keterlaluan apabila bahagian dadanya terdedah sehingga menampakan lurah.
Netizen juga mendakwa Alya juga kelihatan tidak selesa dengan busana tersebut apabila sering menarik di bahagian dadanya itu.
Terdahulu, Alya membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas berbincang dengan keluarga kerana tidak mahu bersikap hipokrit.