Skip to main content

Budaya Popular

Isu Pakaian Seksi Alya Iman, Ini Komen Pengurus! - "Alya Tidak Mahu ..."

astro-gempak_pengurus_alya_iman_respon_tidak_mahu_ulas_lebih-2.jpg

Pengurus pelakon Alya Iman enggan mengulas isu berkenaan busana seksi yang digayakan artis di bawah naungannya ketika menghadiri sebuah acara hiburan baru-baru ini.

Jelasnya kepada Gempak, pelakon itu memilih untuk tidak mengulas kerana enggan memanjangkan lagi isu tersebut.


Terdahulu, kehadiran Alya Iman di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 telah mencuri perhatian warganet dan disifatkan seksi terutama pada bahagian dada.

Ada juga yang mengandaikan tingkah laku Alya Iman ketika acara berkenaan nampak kurang selesa.

Sebelum ini, anak kepada aktor Allahyarham Azmil Mustapha itu mengambil keputusan untuk tidak bertudung selepas berbincang dengan keluarga dan enggan hipokrit dengan diri sendiri.
 

Must-Watch Video

Advertisement