AME2018: Remaja Autism Senyum Lebar Impian Tercapai, Dapat Jumpa Hannah Delisha, Ismail Izzani
Kamaruddin Razal
10/04/2018 07:00 MYT
10/04/2018 07:00 MYT
Remaja autism, Zahiem As-Said Zaharul Lailiddin gembira apabila impiannya untuk ke Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) tercapai.
Menerusi kemas kini laman Instagram Zahiem, @zahiemautismboy, akaun tersebut memuat naik beberapa foto kenangan ketika menghadiri majlis anugerah yang bertemakan ‘Yang Lit, Yang Legend’ itu.
Sempat bergambar dengan beberapa orang selebriti yang menghadiri AME2018, Zahiem melakarkan senyuman manis apabila berpeluang unruk bergambar dengan artis kegemarannya.
Zahiem sempat merakamkan foto dengan Hannah Delisha, Ismail Izzani, Alif Satar, Hisyam Hamid dan Xpose Band.
Sebelum ini, Astro Gempak pernah melaporkan mengenai hasrat Zahiem yang ingin menghadirkan diri ke AME2018.
[BACA: “Nak Tengok Semua Artis Popular” – Hajat Remaja Autism Ke AME2018 Tercapai]
Remaja itu meluahkan hasrat untuk menghadiri AME2018 menerusi laman Instagram ibu Zahiem, Masnura Muslim.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zahiem