HIBURAN
Amin Abid Impi Kolaborasi Fesyen Bersama Aina Abdul - “Kami Teringin Nak Buat…”
Pempengaruh pasangan kembar, Amin Othman dan Abid Othman menyatakan hasrat untuk mereka busana khas buat penyanyi terkenal, Aina Abdul.
Menurut Amin dan Abid, mereka amat mengagumi cara Aina mengekspresikan seni menerusi busana yang digayakan dan berharap dapat menyumbangkan sentuhan kreatif mereka dalam satu projek khas bersama penyanyi itu.
“Rasa tidak perlu sebut nama pun pasti semua tahu, Aina Abdul. Kami teringin nak buat compartment part dekat Aina Abdul dengan adanya sentuhan kami sedikit dan imaginasi kami,” kata mereka.Meskipun masih belum mempunyai idea konkrit, mereka berkongsi kemungkinan untuk mengangkat elemen semula jadi sebagai tema utama rekaan mereka.
Jelas Amin Abid, mereka mungkin mahu mengambil inspirasi laut untuk Aina gayakan di mana-mana acara pada masa akan datang.
“Kalau ikutkan sekarang kami tiada idea lagi, tapi kami mungkin berminat nak buat elemen air, sebab pokok, jantung Aina dah buat mungkin elemen air la kot untuk Aina Abdul,” tambah mereka.
Terdahulu, Amin Abid pernah hadir ke acara Gempak Most Wanted Awards 2024 dengan mengayakan busana yang diberikan sentuhan kreatif mereka mengikut minat masing-masing.
Must-Watch Video