Amin & Abid Ukir Wajah Tunku Abdul Rahman Di Kek Merdeka, Berkolaborasi Dengan Che Sayang! - "Sebenarnya Kami Takut ..."
Ainun
02/09/2024 12:55 MYT
02/09/2024 12:55 MYT
Pasangan kembar, Amin dan Abid berkongsi pengalaman dan cabaran menyiapkan projek khas bersama pempengaruh gaya hidup popular Che Sayang sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini.
Dalam kolaborasi sulung itu, mereka telah berjaya menghasilkan sebiji 'kek merdeka' biarpun berdepan kesulitan.
"Pada awalnya kami ingatkan boleh siapkan penggambaran video dalam masa satu hari tapi terpaksa lanjutkan tempoh sebab kek merdeka dan fondant kek tak jadi kerana itu semua merupakan kali pertama Che Sayang lakukan.
Dalam kolaborasi sulung itu, mereka telah berjaya menghasilkan sebiji 'kek merdeka' biarpun berdepan kesulitan.
"Pada awalnya kami ingatkan boleh siapkan penggambaran video dalam masa satu hari tapi terpaksa lanjutkan tempoh sebab kek merdeka dan fondant kek tak jadi kerana itu semua merupakan kali pertama Che Sayang lakukan.
"Hal itu membuatkan kami semua buntu. Akhir sekali, kami terpaksa menggunakan satu bahan yang membolehkan fondant itu terbentuk.
"Antara cabaran yang kami hadapi adalah mengukir wajah Tunku Abdul Rahman kerana kami takut jika ukiran kami itu mendapat kecaman dari netizen disebabkan ukiran muka Bapa kemerdekaan itu tak sama seperti dalam gambar," katanya kepada Gempak.
Menceritakan semula proses kolaborasi bersama Che Sayang, segalanya bermula selepas bertemu ketika sesi wawancara sebelum sebuah acara hiburan baru-baru ini.
"Bagi kami, kolaborasi itu adalah momen yang paling seronok!
"Sebenarnya, kami berjiran. Kami dan Che Sayang pernah ada sesi interview. Kemudian, Che Sayang tegur kami dan dia terus ajak kami untuk buat konten bersama sebelum anugerah tersebut berlangsung.
"Selepas majlis anugerah itu, kami terus melukis bagaimana bentuk kek itu sepatutnya. Che Sayang memasak, dan kami buat DIY. Selepas itu, kami gabungkan semuanya dan terhasillah video kek Merdeka. Itu adalah pengalaman yang paling menarik," tambahnya.
Terdahulu, pasangan kembar yang menyajikan konten kreatif itu telah memenangi kategori Content Creator (Lifestyle) Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023.