,
Hiburan

Terkejut Kes Jenayah Meningkat, Siti Khadijah Ambil Kelas Mempertahankan Diri - “Sekarang Ni Lelaki Pun Tak Selamat”

Asyraf Roslan
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Siti Khadijah Halim menyatakan rasa kecewanya terhadap peningkatan kes jenayah di Malaysia yang dilihat semakin menakutkan.

Kes Hilang

Bagi pelakon yang popular dengan drama, Aish dan Ash itu dia sangat terkejut apabila setiap hari mendengar kes orang hilang dan akhirnya ditemui tanpa nyawa.
“Saya terkejut sebab Malaysia tiba-tiba macam ni, kita tak macam ni sebenarnya.
“Sebelum ini kita hidup aman dan harmoni tapi kenapa kita dilanda dengan jenayah yang makin lama makin meningkat. Saya rasa sedih dan kecewa.
“Memang sifat saya untuk jadi protective dan tak suka tengok orang tersakiti.. Bila saya nampak isu-isu macam tu kita tak boleh buat apa-apa,rasa macam helpless tapi apa yang saya boleh buat adalah share awareness dengan pengikut saya di sosial media.
“Kalau korang nampak sesuatu yang mencurigakan pastikan korang cuba tolong. Kalau saya, saya lagi rela penjahat itu sakit dari apa-apa buruk terjadi kepada mangsa,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah Terharu Peminat Datang Buat Kejutan Di Set Penggambaran – “Ingat Food Truck Tu Untuk Majlis Lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Stalker Follow, Siti Saleha Pilih Tak Kongsi Rutin Peribadi - "Privasi Itu Penting, Wanita Jangan Keluar Malam, Jangan Kongsi ..."

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Gemuk Pun Laki Sayang Saya"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hilang’ Namun Ditemui Selamat, Netizen Titipkan Nasihat Buat Siti Dhia Batrisyia - “Mak Ayah Kalau Marah Mesti Ada Sebab”

Ambil Kelas Mempertahankan Diri

Pada masa sama, Siti Khadijah juga berkongsi bahawa dia sedang mengambil kelas mempertahankan diri sebagai langkah berjaga-jaga.
“Sejujurnya saya memang takut, sekuat mana pun saya, saya tetap perempuan dan tak boleh lawan kudrat lelaki.
“Sebenarnya kalau nak tahu saya memang selesa berjalan seorang diri , saya sukakan kebebasan.
“Tapi sejak kes ini berlaku saya tak keluar seorang diri, saya akan pastikan saya bawa seorang teman. Saya juga ingatkan keluarga saya untuk tidak buat aktiviti seorang diri.
“Sekarang bukan perempuan sahaja tak selamat, lelaki pun sama, Macam saya sekarang sebagai satu langkah berjaga-jaga saya ambil kelas mempertahankan diri. Saya amik Judo dan Muay Thai.
“Walaupun saya tahu saya tak akan mampu lawan kudrat lelaki tapi sekurang-kurangnya saya ada asas untuk melawan,” katanya kepada Gempak.
Siti Khadijah ditemui semasa sedang menjalani penggambaran drama terbaharu, Rahsiamu Selamat Denganku.
Selain Siti, drama itu turut dibintangi oleh Alvin Chong, Fadhlan Hazim, Adriana Adnan, Haziq Dean dan finalis Hero Remaja 2024, Azri Safix.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal

gempak
06/10/2024
13:55 MYT
Seorang wanita warga emas berusia 53 tahun tidak dibenarkan diikat jamin dan bakal dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan selepas ditangkap kerana didakwa membunuh suaminya.
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Hiburan

Akibat Terlalu Taasub Dengan Mimpi, Seorang Lelaki Tergamak Menikam Saudara Tirinya Hingga Mati

gempak
30/09/2024
04:55 MYT
Saksi insiden itu yang juga jiran tetangga mereka, Ni Luh Sari, 41, berkata, dia melihat Nyoman menghampiri Ketut sebelum menghunus pisau pada dada kiri mangsa.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

16 Tahun Sorok Mayat Teman Wanita Bawah Lapisan Simen

gempak
25/09/2024
10:25 MYT
Seorang lelaki di Korea Selatan membunuh teman wanitanya ketika kejadian 16 tahun lalu dan menyembunyikan mayat mangsa di bawah lapisan simen balkoni.
BorakSeeni