Meski menyanyi secara duet sewaktu menjadi penyanyi undangan pada konsert DEWA19 : A Night at The Orchestra - Chapter 5 (Live in Malaysia) masih ramai yang belum move on dengan persembahan Amir Masdi.

Amir yang berduet dengan salah seorang vokalis Dewa 19, Ello, menerusi lagu legenda milik Queen, Bohemian Rhapsody disifatkan telah memberi persembahan memukau.

Malah setiap kali Amir menyanyi, seluruh Axiata Arena bergemuruh dengan sorakan dan tepuk tangan buat juara Akademi Fantasia 2016 tersebut.

A post shared by AM (@amir.masdi)


Peminat juga tertunggu-tunggu Amir menyanyi berbanding Ello.

Ironi Amir, 26, langsung tidak berlebihan pada penampilan pertama kali dengan grup terkenal Indonesia tersebut.

Namun vokal ‘padu’ milik penyanyi lagu Sengaja tersebut dan bagaimana bijak dia membawa diri di atas pentas tanpa rasa kekok saat ‘bersanding’ dengan grup berpengaruh itu membuatkan penampilannya diingati ramai.

Selain menerima pujian dalam kalangan media, netizen turut melahirkan rasa bangga terhadap bakat besar yang disifatkan bukan hanya setanding malah lebih baik daripada Indonesia.

“One of the best voice…you made Malaysia proud Amir,” tulis seorang netizen pada video yang dikongsi Gempak.

“Mantap Bro Amir, semoga ada kesempatan lagi untuk konsert bersama Dewa 19,” tulis seorang lagi.

“Padu gila”, “major love”, “so crazy” dan “Amir anda memang luar biasa” menjadi antara pujian tanpa henti yang diberikan kepada persembahan Amir.

Malah ramai dalam kalangan penonton berharap Amir muncul menyanyi seorang solo dan membawakan lagu milik Dewa 19 berbanding melakukan duet.

Pun begitu, walau diberi kesempatan yang amat singkat, tidak boleh dinafikan jika Amir seorang penyanyi lelaki berbakat yang seharusnya ‘digeruni’ dan diberi lebih banyak perhatian agar kerjaya seninya boleh terus terbang tinggi.

Foto: Bangsawan Pictures

BACA: Kemewahan ‘Santapan Jiwa’ Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia​

BACA: Juara AF2016, 2 Kali Masuk AJL, Amir Masdi Akhirnya Lancar Album Selepas 7 Tahun Jadi Artis!​