Laman Utama

Amir Sisi, Anak Orang Asli Kaum Temiar Juara The Chosen One! Kaut Wang Tunai RM30,000

Amri Hassan
25/10/2023
14:42 MYT
Penyanyi cilik Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad telah dinobatkan sebagai juara bagi program realiti televisyen ‘The Chosen One’ musim pertama yang bersiaran menerusi saluran Astro Ceria (Saluran 611) dan Astro Prima (Saluran 105) hari ini.
Amir berjaya melakar sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.
Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, telah menewaskan tiga lagi peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun.
Mereka merupakan anak-anak didik kepada Hazama, Kmy Kmo dan Luca Sicta serta Shiha Zikir.
Dengan kemenangan ini, Amir telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Manakala Putera Muhammad selaku jurulatih terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. Naib juara Khalyn membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 manakala tempat ketiga disandang oleh Dayana dan tempat keempat jatuh kepada Erika.
Mereka membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sejumlah RM10,000 dan RM5,000.
Dayana pula merangkul anugerah persembahan terbaik.
Keunikan suara dan personaliti Amir yang bersahaja telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga menjadi viral terutamanya di laman sesawang TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.
Sorotan video persembahan Amir juga telah menarik minat penonton dari luar negara terutamanya dari Indonesia dan ramai pempengaruh Indonesia telah memberi pujian akan bakat semula jadi Amir.
“Kami di Astro amat berbesar hati apabila rancangan baharu kami, ‘The Chosen One’ dapat melahirkan bintang-bintang baharu seperti Amir Sisi, Khalyn, Erika Foo dan Raja Dayana yang bakal mewarnai industri seni negara.
"Keikhlasan dan aura Amir telah berjaya menambat hati juri-juri dan mencetuskan fenomena di kalangan penonton, bukan sahaja di Malaysia malah juga di negara jiran.
"Kami mendoakan kesemua peserta ‘The Chosen One’ akan terus bersinar dan berharap agar program ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan mereka untuk masa akan datang,” ujar Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.
‘The Chosen One’ merupakan sebuah program nyanyian realiti yang mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih.
16 peserta bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut. Hanya lapan daripada mereka yang terpilih bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai ‘The Chosen One’.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton persembahan kesemua peserta di peringkat akhir ‘The Chosen One’, anda boleh strim menerusi On Demand pada Astro Box atau aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.