,
Hiburan

Amitabh & Abhishek Bachchan Positif COVID-19

Azwa Rahman
12/07/2020
04:09 MYT
Pelakon Bollywood terkenal Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek Bachchan kini dirawat di Hospital Nanavati selepas disahkan positif COVID-19, semalam.
Memetik laporan Indiatoday, Amitabh Bachchan dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas.
Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram, pelakon itu turut mengesahkan perkara itu dan meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemunya membuat ujian COVID-19.
"Saya disahkan positif COVID-19. Sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan. Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian," katanya menerusi ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan disahkan negatif.
Sementara, Abhishek Bachchan menerusi kicauan di Twitternya turut memaklumkan dia turut disahkan positif coronavirus.
"Hari ini, saya dan ayah disahkan positif COVID-19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital. Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih"
Doktor turut mengesahkan perkara itu kepada India Today bahawa Amitabh Bachchan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.
Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.
Namun, baru-baru ini, beliau membuat rakaman kandungan promosi untuk kuiz Kaun Banega Crorepati dan beberapa projek di rumahnya, serta mempunyai kontak dengan kru produksi yang hadir ke rumahnya.
Sementara, Abhishek Bachchan, dilihat berada di studio dubbing di Mumbai beberapa kali minggu lalu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.