Pendakwah bebas popular, Ustaz Ebit Lew memuat naik entri di laman sosial Facebook (FB)nya kira-kira jam 4 petang Isnin mengenai pejabatnya yang dipecah masuk.

Menurut Ebit, dalam kejadian di Bandar Baru Bangi itu dia kehilangan beberapa buah komputer, kamera, lap top, telefon bimbit dan wang tunai yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM50 ribu.

Ebit yang kini berada di Perlis memenuhi undangan Penjara Perlis, turut membuat naik beberapa keping foto keadaan pejabatnya yang berselerak.

Selain itu, sekeping foto yang memaparkan nota ditinggalkan perompak turut di kongsi Ebit menerusi posting tersebut di FBnya.

Office (pejabat) saya kena pecah..sedihnya.

“Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah.

“Semua komputer, dua laptop, kamera-kamera baru beli juga rakam ceramah-ceramah dan dakwah, tiga telefon bimbit dah takde dan ada duit sikit…Lebih dari 50k juga semuanya.

“Ya Allah Tuhanku. Pencuri tinggalkan tulisan ini. “Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu.

“Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha,” tulisnya.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian Ebit itu turut terkejut dan bersimpati dengan nasib yang ditimpa olehnya.

Mereka turut mendoakan urusan Ebit dipermudahkan.